Kunjungan Hormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN)
FAM melakukan kunjungan hormat ke atas KSN, Datuk Seri Mohd Zuki Ali di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Delegasi FAM diketuai Presidennya, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Zuki yang baru dilantik sebagai KSN, bulan lalu.
Dalam pada itu, Datuk Haji Hamidin juga mengambil kesempatan membincangkan hal ehwal bola sepak negara serta pembabitan dan sumbangan kerajaan secara terus sambil bertukar-tukar pandangan, pendirian dan jangkaan kerjasama FAM dengan warga perkhidmatan awam pada masa akan datang.
----
A Courtesy Visit by Football Association of Malaysia (FAM) to the Chief Secretary to the Government
FAM made a courtesy visit to the Chief Secretary to the Government Datuk Seri Mohd Zuki Ali at his office in Putrajaya today.
The FAM delegation led by its president, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin took the opportunity to congratulate Datuk Seri Mohd Zuki who was newly appointed as the Chief Secretary to the Government, last month.
Apart of that, Datuk Haji Hamidin also took the opportunity to discuss on national football matters, exchanging views and potential cooperation with FAM in regards of government involvement and contributions.













Tiada ulasan:
Catat Ulasan