KLFA Ahli Gabungan Contoh Dalam Memenuhi Syarat Pelesenan Kelab
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) sebagai ahli gabungan yang cemerlang dalam memenuhi syarat-syarat pelesenan kelab mengikut jadual yang ditetapkan.
KLFA setakat ini menerima lesen pelesenan kelab selama tiga tahun berturut-turut sejak 2018 malah adalah kelab yang pertama menerima lesen perlesenan kelab pada tahun 2019.
Pencapaian ini layak untuk dipuji memandangkan selain lesen FAM, KLFA turut menerima pelesenan kelab daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi tahun 2020.
Dalam kunjungan hormat FAM kepada KLFA yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, KLFA turut membentangkan program pembangunan kelab dan perancangan pemasaran bermula daripada tahun 2020 sehingga 2025.
Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, berkata KLFA dilihat komited dalam aspek pembangunan bola sepak.
"Perkara utama yang dibincangkan ialah isu semasa berkaitan bola sepak tempatan serta usahasama antara FAM dengan KLFA khususnya dan kemas kini Peraturan Pelesenan Kelab FAM 2020 iaitu memprofesionalkan pasukan menerusi tiga pilihan dalam proses pertukaran daripada FA kepada FC untuk saingan liga," katanya.
Hadir sama Presiden KLFA yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Abd Samad bersama barisan Exco KLFA. Turut hadir Exco FAM.
YB Khalid berkata, pihaknya berharap FAM akan membantu KLFA dengan khidmat nasihat untuk berada ke tahap yang lebih cemerlang musim ini.
"Kami berharap semua berjalan dengan baik musim ini untuk mencapai misi naik semula ke Liga Super musim depan," katanya.
Kunjungan hormat ke atas KLFA adalah yang kesepuluh selepas FAM ke Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan, PDRM FA, Majlis Sukan India Malaysia (MISC), Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM), Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM).
Datuk Haji Hamidin kemudian menambah, kunjungan hormat ini selari dengan usaha FAM mengingatkan ahli gabungan agar berfikir dan bekerja secara profesional menuju F:30.
"Ini sebahagian daripada objektif kami memastikan ahli gabungan memahami visi dan misi FAM, selain keinginan FAM untuk ahli gabungan melakukan gerak kerja mengikut kemampuan masing-masing kerana pada asasnya kita wujud untuk mempromosikan bola sepak di semua peringkat.
"Kami di FAM sememangnya sentiasa memberi khidmat sokongan dan bantuan dari sudut urus tadbir, teknikal serta pembangunan pertandingan kepada ahli gabungan," kata Datuk Haji Hamidin.
----
KLFA a Shining Example in Meeting Club Licensing Requirements
Football Association of Malaysia (FAM) considers the Kuala Lumpur Football Association (KLFA) to be an excellent affiliate in meeting the club's licensing requirements.
KLFA has met the club licensing requirements for three consecutive years since 2018 and is the first club to receive the license in 2019.
On top of this, KLFA has also received their licensing from the Asian Football Confederation (AFC) for the year 2020.
During the FAM courtesy visit held at the Kuala Lumpur Football Stadium, Cheras today, KLFA presented their plan in terms of development and marketing plans from the year 2020-2025.
FAM President, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin expressed his support for KLFA who are seen as being fully committed to development.
"The main topics discussed are the current issues of local football and the collaboration between FAM- KLFA and the updates on the FAM Club Licensing Rules 2020 as well as the process and three options in the professionalisation from FA to FC for the league competition," he said.
Also present, Minister for Federal Territories, YB Khalid Abd Samad who is also the KLFA President along with the KLFA's and FAM's exco.
YB Khalid said he hope that FAM will offer guidance to KLFA to a better pathaway in line to gain more success this season.
"We hope everything goes well this season in order to be back at Super League next season," he said.
The courtesy visit to KLFA is the 10th after the Negeri Sembilan Football Association, PDRM FA, Malaysian Indian Football Council (MISC), Football Association of Malays Malaysian, the Malaysian Chinese Football Association (MCFA), the Football Association of Penang, Kedah, Sabah and Football Coaches Association of Malaysia.
Datuk Haji Hamidin added that the visit was in line with FAM's efforts to remind members to work professionally towards F: 30.
"This is part of our objective to ensure affiliates understand FAM's vision and mission, as well as FAM's desire for affiliates to do their job as we are essentially promoting football at all levels.
"We at FAM always provide support and assistance in terms of governance, technical and developmental aspects to the affiliates," he said.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan