Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 13 Februari 2020

Khalid Ali Tembak FAM Tak Hantar Pasukan Ke ACC

Tindakan badan induk tempatan itu mengenepikan saingan ACC ditempelak bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali.
Khalid menyifatkan tindakan FAM itu satu kerugian kepada bola sepak Malaysia.
Khalid Ali berkata: “Pada pandangan saya, ketiadaan wakil Malaysia di Asean Club Championship [ACC] merupakan satu kerugian.”
“Ini kerana, inilah peluang buat pemain tempatan untuk menonjolkan diri, selain daripada keuntungan yang dapat diraih oleh kelab menerusi hak penyiaran.”
Beliau kemudian mempersoalkan tindakan FAM yang disifatkan ‘double standard’. Piala AFF disambut meriah, kenapa tidak ACC?
“Kalau Piala AFF sangat hebat sambutannya, sudah tentu ACC pun akan berlangsung hebat kerana penduduk Asia Tenggara ini memang ‘gila’ bola,” tambah beliau lagi.
khalid ali
Khalid mempersoalkan tindakan FAM yang menjadikan alasan, tiada pengiktirafan AFC sebagai sebab tak mahu hantar sebarang wakil.
Khalid Ali berkata lagi: “Kalau alasan sebab tak dapat pengiktirafan AFC kenapa pula Thailand dan Vietnam yang jauh kuat pasukan kebangsaan mereka sertai ACC. Bagi saya ini kesilapan dan rugi buat kita.”
Perkembangan sebelumnya
Kejuaraan Kelab Asean (ACC) sah tidak ada pasukan dari Malaysia menyertainya.
ACC akan julung kalinya diadakan musim 2020, bermula Mac hingga November akan datang.
Selain daripada Malaysia, Timor Leste juga tidak menghantar pasukan. Manakala 9 lagi negara Asean yang lain sudah mengesahkan penyertaan.
Kelab yang beraksi di ACL musim ini iaitu Chiangrai United turut menyertai ACC, selain daripada PT Prachuap.
Kedua-dua kelab itu menjuarai Liga Satu Thai dan Piala Liga Thai musim lalu.
Vietnam akan menghantar Hanoi FC dan Ho Chi Minh City FC; Indonesia menghantar Bali United dan Persebaya; Singapura diwakili Tampines Rover; Myanmar pula akan menyaksikan Shan United sebagai wakil mereka.
8 pasukan tersebut akan layak ke peringkat kumpulan. 4 lagi slot akan ditentukan menerusi pusingan kelayakan yang melibatkan Ceres Negros (Filipina), Svay Rieng FC (Kemboja), Lao Toyota (Laos) dan Indera (Brunei).
Pusingan akhir akan menyaksikan 10 pasukan bersaing di peringkat kumpulan.
Harian Metro melaporkan bahawa, Malaysia tidak menghantar wakil kerana FAM menyatakan bahawa kejohanan itu masih belum mendapat pengiktirafan daripada AFC seperti mana ACL dan Piala AFC.
Selain itu, ACC meletakkan syarat, wakil hendaklah juara ataupun naib juara liga utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan