Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 11 Februari 2020

KBS & PSM Sedia Bantu Stadium Shah Alam

Imej
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bersedia untuk membantu memulihkan keadaan Stadium Shah Alam dengan menghulurkan khidmat nasihat dan panduan yang diperlukan.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri KBS, Steven Sim Chee Keong seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada hari ini.
“Sudah tentu PSM sebagai badan utama yang menguruskan stadium, kita (KBS) sentiasa bersedia untuk memberikan panduan dan khidmat nasihat kepada pengelola stadium kerajaan, tak kiralah pihak berkuasa tempatan atau kerajaan pusat,” kata Sim ketika ditemui pemberita selepas merasmikan forum Work Opportunities for Young People in the Commonwealth (I-WORK) National Forum hari ini.
Baru-baru ini Stadium Shah Alam yang mula digunakan sejak 1994 itu hangat diperkatakan ekoran serpihan bumbung yang jatuh di tempat duduk penonton yang membawa kepada isu keselamatan.
Perkara tersebut mengundang kenyataan daripada Malaysian Football League (MFL) yang menyifatkan stadium tersebut tidak selamat untuk digunakan di saingan Liga Malaysia selepas pemeriksaan awal dilakukan oleh badan penganjur itu.
Pelbagai pihak tampil selepas itu untuk memastikan Stadium Shah Alam selamat digunakan, termasuk arahan daripada Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin Shari agar bumbung tersebut diperbaiki segera.
MFL, Darul Ehsan Facilities Management (DEFM), dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) turut dijadualkan akan mengadakan sesi pemeriksaan kedua pada minggu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan