Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 16 Februari 2020

HASRAT JUTAAN PEMINAT BOLA SEPAK TEMPATAN UNTUK MELIHAT LIRIDON BANTU SKUAD HARIMAU MALAYA BERDEPAN UAE HANYA DIKETAHUI MINGGU HADAPAN.

HASRAT JUTAAN PEMINAT BOLA SEPAK TEMPATAN UNTUK MELIHAT LIRIDON BANTU SKUAD HARIMAU MALAYA BERDEPAN UAE HANYA DIKETAHUI MINGGU HADAPAN.
:
HASRAT jutaan peminat bola sepak tempatan melihat kelibat Liridon Krasniqi turun membantu skuad Harimau Malaya berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai pada 26 Mac depan hanya akan diketahui minggu ini.
:
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, keputusan mengenai status tonggak naturalisasi kedua negara itu akan diputuskan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam masa terdekat.
:
“ Belum ada jawapan daripada FIFA. Mereka berjanji pada minggu depan (minggu ini) di mana PIC (pegawai terbabit) berada di luar negara dan akan kembali minggu depan,” katanya kepada Arena Metro.
:
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ketika ini masih menunggu lampu hijau daripada FIFA untuk beraksi dalam perlawanan itu.Ia kerana tempoh permastautinan pemain tengah itu hanya akan genap lima tahun pada 25 Mac depan dan boleh didaftarkan pada 19 Mac, tujuh hari sebelum perlawanan berkenaan.
:
Sekiranya mendapat kelulusan segera FIFA, Liridon bakal mengikut jejak Mohamadou Sumareh yang melakar sejarah sebagai pemain naturalisasi pertama negara apabila mula menyarung jersi Harimau Malaya pada 2018.



View this post on Instagram

HASRAT JUTAAN PEMINAT BOLA SEPAK TEMPATAN UNTUK MELIHAT LIRIDON BANTU SKUAD HARIMAU MALAYA BERDEPAN UAE HANYA DIKETAHUI MINGGU HADAPAN. : HASRAT jutaan peminat bola sepak tempatan melihat kelibat Liridon Krasniqi turun membantu skuad Harimau Malaya berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai pada 26 Mac depan hanya akan diketahui minggu ini. : Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, keputusan mengenai status tonggak naturalisasi kedua negara itu akan diputuskan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam masa terdekat. : “ Belum ada jawapan daripada FIFA. Mereka berjanji pada minggu depan (minggu ini) di mana PIC (pegawai terbabit) berada di luar negara dan akan kembali minggu depan,” katanya kepada Arena Metro. : Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ketika ini masih menunggu lampu hijau daripada FIFA untuk beraksi dalam perlawanan itu.Ia kerana tempoh permastautinan pemain tengah itu hanya akan genap lima tahun pada 25 Mac depan dan boleh didaftarkan pada 19 Mac, tujuh hari sebelum perlawanan berkenaan. : Sekiranya mendapat kelulusan segera FIFA, Liridon bakal mengikut jejak Mohamadou Sumareh yang melakar sejarah sebagai pemain naturalisasi pertama negara apabila mula menyarung jersi Harimau Malaya pada 2018.
A post shared by BrotherhoodJOHOR (@brotherhoodjohor) on

Tiada ulasan:

Catat Ulasan