Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 16 Februari 2020

Giliran Terengganu FC Pula Dipotong Mata?

Imej

Sungguhpun nama Terengganu FC (TFC) tidak disenarai dalam salah satu pasukan yang berisiko untuk dipotong mata kerana gagal membuat penstrukturan pembayaran hutang tertunggak, namun akhbar Berita Harian pada hari ini telah mendedahkan sesuatu yang mengejutkan.
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) didakwa memungkiri janji untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukannya bagi musim 2018 dan 2019 pada 10 Februari lalu.
Isu gaji tertunggak melibatkan pasukan dari pantai timur itu sebenarnya pernah didedahkan oleh SemuanyaBOLA sebelum ini, tetapi artikel tersebut terpaksa dipadam kerana diminta sendiri oleh pemain terbabit kononnya untuk menjaga hati bekas majikannya.
“Tunggakan ini membabitkan pemain dan pegawai pasukan bagi musim 2018 lagi dan ada juga musim 2019. Kita tidak bising sebab mengharapkan PBSNT bayar dan mereka janji akan membuat bayaran pada 10 Februari lalu.
“Tapi sekarang sudah lewat beberapa hari dan mereka pun tiada hubungi. Saya juga difahamkan ada pemain import sudah buat laporan ke FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa),” kata sumber tersebut.
Kini timbul persoalan bagaimana PBSNT boleh terlepas daripada dihukum FAM seperti mana PDRM yang menjadi pasukan pertama dikenakan pemotongan tiga mata susulan masalah gaji yang gagal diselesaikan menjelang penghujung bulan lepas.
PDRM telah diberikan masa sehingga 28 Februari ini untuk menyelesaikan isu berkenaan dan bakal berdepan dengan pemotongan tiga mata lagi jika gagal. Melaka United serta Kelantan juga masih dipantau dan masih belum selamat sepenuhnya.
Bermula musim ini FAM telah memperkenalkan Economic Control Programme (ECP) bertujuan untuk memastikan kewangan pasukan Liga Super dan Liga Premier berada dalam keadaan lebih baik dan memiliki pendapatan yang mampan.
Setiap pendapatan yang dianggarkan oleh kelab wajib dikontrakkan dalam tiga bentuk iaitu pendapatan daripada penaja, geran kontrak daripada kerajaan dan sumbangan modal daripada pemilik kelab dengan maksimum 70 peratus sahaja jumlah pendapatan kelab boleh dibelanjakan untuk gaji pasukan-pasukan pertama.
Ia sekaligus dapat memastikan setiap pasukan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan dan mengelak berlakunya masalah gaji tertunggak melibatkan pemain dan pegawai pasukan.
Kredit Foto: Terengganu FC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan