
Antara faktor lain menyebabkan ketiadaan pemain naturalisasi di posisi tersebut juga ialah kerana tiadanya calon sesuai dari kalangan pemain asing yang beraksi di Liga Malaysia.
“Saya rasa itu salah satu posisi ‘natural’ untuk kita tengok, tetapi kalau tengok pertahanan tengah pun tak ada siapa nak dekat (lima tahun).
“Sebaliknya ia lebih kepada pemain tengah dan serangan saja yang nak dekat empat atau lima tahun.
“Dulu tak silap saya ada seorang pemain pertahanan dari Terengganu, Vincent Bikana, tapi dia pun nak hampir lima tahun lepas itu dah keluar,” katanya.
Sehingga kini pasukan negara telah diperkuatkan dengan dua pemain naturalisasi iaitu pemain kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh dan pemain kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi.

Kedua-dua pemain bukan watak asing di kalangan penyokong bola sepak tempatan setelah kedua-duanya telah beraksi bersama beberapa pasukan di Liga Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.
Sumareh mulai mewakili pasukan negara sejak 2018, manakala Liridon baru diberikan lampu hijau untuk berbuat demikian.
Pemain dari Kosovo itu dijangka akan mendapat panggilan untuk perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang UAE pada 27 Mac akan datang.
Selain daripada Sumareh dan Liridon, pasukan kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe turut bakal menerima khidmat penyerang dari Brazil, Guilherme de Paula.
Proses naturalisasi bekas penyerang import Kuala Lumpur itu tergendala sebentar akibat proses dokumentasi dengan FIFA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan