Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 12 Februari 2020

FAM: Contohi Negeri Sembilan


Meskipun hanya bersaing dalam liga divisyen kedua atau Liga Premier, ianya tidak menghalang untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menguruskan sukan bola sepak di negeri itu dengan baik dan tersusun.
Usaha PBNS dalam melaksanakan program pembangunan di peringkat akar umbi seperti mencari bakat-bakat baharu, memartabatkan bola sepak negara itu serta mencari kaedah untuk menjana pendapatan dengan kerjasama yang baik dengan penaja telah mendapat pujian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataannya kepada siaran media FAM meyifatkan PBNS sebagai antara ahli gabungan yang boleh dijadikan contoh dalam membantu badan induk bola sepak negara itu memenuhi aspirasi yang terkandung dalam peta hala tuju F:30.
Tambah Hamidin lagi, beliau menganggap PBNS memahami aspirasi FAM dalam usaha memastikan bola sepak dimainkan secara kompetitif di peringkat negeri sekali gus mampu membangunkan bola sepak negara khususnya.
“Selain pertandingan sedia ada, disokong dengan aktiviti berterusan, PBNS juga ada Wisma PBNS sendiri di Medan Rahang, ini bermakna PBNS berada di landasan yang betul,” katanya sewaktu ditemui dalam kunjungan hormat FAM ke atas PBNS yang berlangsung di Klana Resort, Seremban.
Sementara itu, Presiden PBNS, YTM Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri yang turut hadir dalam majlis berkenaan percaya kepimpinan Presiden FAM dapat membawa perubahan positif dalam pembangunan bola sepak tempatan ke peringkat antarabangsa.
“Kami yakin di bawah pimpinan Datuk Haji Hamidin, beliau mampu melonjakkan skuad kebangsaan ke persada dunia lantaran itu, PBNS komited dalam semua usaha dan rancangan dibangunkan FAM,” kata Tunku Syed Razman yang juga merupakan Tunku Besar Tampin.
“Pembentangan dan perbincangan hari ini menyaksikan kedua-dua pihak saling bertukar pendapat sekali gus mengeratkan hubungan ahli gabungan dengan FAM, yakni memberi manfaat kepada FAM-PBNS dalam memajukan bola sepak.
“Justeru, kami menyokong penuh kepimpinan Datuk Haji Hamidin dalam usaha kita bersama memastikan bola sepak negara terus berkembang maju,” katanya.
Dalam majlis itu, kedua-dua pihak turut membincangkan isu semasa berkaitan bola sepak tempatan serta usahasama antara FAM dengan PBNS khususnya dan kemas kini Peraturan Pelesenan Kelab FAM 2020.
“Ini sebahagian daripada objektif kami memastikan ahli gabungan memahami visi dan misi FAM, selain keinginan FAM untuk ahli gabungan melakukan gerak kerja mengikut kemampuan masing-masing kerana pada asasnya kita wujud untuk mempromosikan bola sepak di semua peringkat,” kata Hamidin.
“Kami di FAM sememangnya sentiasa memberi khidmat sokongan dan bantuan dari sudut urus tadbir, teknikal serta pembangunan pertandingan kepada ahli gabungan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan