Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 10 Februari 2020

EKSKLUSIF: Ampersand Bertanggungjawab Bawa CIMB Jadi Penaja Liga Super

Imej

Ampersand Sports Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang bertanggungjawab membawa dan meyakinkan CIMB untuk menjadi penaja Liga Super dan Piala SumbangsihSemuanya BOLA diberitahu.
Ampersand yang ditubuhkan pada 2017 berfungsi sebagai Special Purpose Vehicle (SPV) Malaysian Football League (MFL) yang berfungsi sebagai agensi eksklusif bagi hal-ehwal komersil liga. Syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Lee ini menjanjikan Liga Malaysia menerima sekurang-kurangnya RM104 juta bagi tempoh selama lima (5) tahun bermula tahun 2018.

Bercakap kepada Semuanya BOLA, Pengarah Eksekutif Ampersand Sports, Sandeep Singh memberitahu:
“Ya, kami datang ke CIMB dengan tujuan untuk mengajak mereka menjadi penaja utama. Mereka sangat mengalu-alukan peluang tersebut. Kemudian kami berbincang dengan CIMB sebagai wakil MFL. Kedua-dua pihak (MFL dan CIMB) sangat gembira dengan perjanjian ini.”
Pengarah Eksekutif Ampersand Sports, Sandeep Singh merupakan individu yang bertanggungjawab membawa CIMB sebagai penaja Liga Super dan Piala Malaysia untuk musim 2020 dan 2021. (Foto: The Star)
Ketika sidang media selepas majlis pelancaran penajaan CIMB dengan MFL pagi tadi, Presiden MFL, Datuk Hamidin enggan memberitahu nilai jumlah penajaan – sepertimana yang dilakukannya ketika majlis pengumuman TM sebagai penaja utama rasmi Liga Malaysia 3 hari lepas.
Sandeep juga senada dengan Datuk Hamidin; enggan memberitahu nilai jumlah penajaan CIMB. Tetapi beliau menambah, “Apa yang saya boleh katakan – nilainya besar dan signifikan untuk MFL.”
Sandeep kemudiannya turut memberitahu peminat bola sepak boleh menjangkakan akan ada lagi penaja yang bakal diumumkan oleh MFL dalam masa terdekat.
“Ya saya boleh sahkan MFL akan mengumumkan kedatangan penaja baru dalam masa terdekat. Tapi saya tak boleh bagitahu dengan siapa kerana kami masih dalam peringkat perbincangan.”
Dijangkakan penaja baru tersebut akan menjadi penaja Liga Premier. Datuk Hamidin mengesahkan MFL sedang berbincang dengan sebuah ‘syarikat berkaitan kerajaan (GLC)’ untuk menjadi penaja Liga Premier pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan