Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 10 Februari 2020

CIMB penaja utama Liga Super, Piala Sumbangsih


Gambar fail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz. - Foto Salhani Ibrahim

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) menandatangani perjanjian penajaan dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebagai penaja utama bagi saingan Liga Super dan Piala Sumbangsih.
Ia julung kali CIMB menjadi penaja Liga Malaysia (Liga M) dalam usaha menyemarakkan lagi keghairahan lebih dari 20 juta peminat bola sepak Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, pihaknya teruja dapat bekerjasama dengan MFL untuk mencipta pengalaman baharu dan menarik buat penyokong bagi saingan Liga Super.
"Sukan bola sepak mempunyai lebih dari 20 juta peminat di negara ini dan ia bukan sahaja menjadi sukan tempatan yang paling popular, tetapi menyediakan peluang strategik untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.
"Sememangnya bola sepak adalah medium yang boleh menyatukan rakyat Malaysia daripada semua kaum dan latar belakang sosial," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan