Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 10 Februari 2020

CIMB menjadi penaja utama Liga Super selama dua tahun dan ia merupakan satu penajaan terbesar yang pernah dilakukan CIMB dalam bidang sukan.

RASMI: Liga Super Malaysia kini CIMB Liga Super Malaysia 2020




Buat pertama kali dalam sejarah, CIMB Bank menaja Liga Super Malaysia bagi saingan musim 2020.
Justeru, Liga Super Malaysia 2020 secara rasminya dikenali sebagai CIMB Liga Super Malaysia 2020, bermula dengan CIMB Piala Sumbangsih 2020.
Perjanjian penajaan itu ditandatangani oleh CEO Kumpulan CIMB, Tengku Zafrul Tengku Aziz, Presiden MFL, Datuk Hamidin Amin dan Pemangku CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

CIMB juga merupakan bank rasmi untuk Liga Super Malaysia, Liga Perdana Malaysia, Piala FA,
Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.
Penajaan itu meliputi dua tahun dan CIMB menganggap ia sebagai satu penajaan terbesar CIMB dalam bidang sukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan