Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebooknya memaklumkan, tiket untuk perlawanan berkenaan yang dijual pada harga RM112.75 boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawang https://my.bookmyshow.com, iaitu rakan pengendali tiket dalam talian bagi Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI).
Difahamkan PSSI memperuntukan 3,000 keping tiket kepada penyokong skuad Harimau Malaya untuk menyaksikan perlawanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, 5 September ini.
Selepas menentang Indonesia, Malaysia bakal melayan kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September ini. BERNAMA