Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 30 Ogos 2019

Tiada hadiah Hari Kebangsaan

PENYERANG Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha diasak pemain Jordan,
PENYERANG Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha diasak pemain Jordan, Youseff Abu Jazar dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/HAFIZ JOHARI
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Hasrat skuad Harimau Malaya untuk mencari suntikan moral dan menghadiahkan kemenangan sempena Hari Kebangsaan esok tidak kesampaian apabila tewas tipis 0-1 kepada Jordan dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Biarpun tewas, persembahan anak-anak buah Tan Cheng Hoe harus dipuji apabila memberi tentangan sengit kepada pasukan di ranking ke-99 dunia itu ketika jurulatih negara itu masih mencari kombinasi terbaik sebelum menghadapi saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan G akan memulakan kempen kelayakan berkenaan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, pada 5 September sebelum melayani kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September ini.
Dalam perlawanan itu, kapten Jordan, Said Morjan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh dengan memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti negara sebelum melakukan rembatan bola rendah melepasi penjaga gol, Farizal Marlias.
Skuad kendalian Vitak Borkelmans berpeluang menggandakan jaringan pada minit ke-18 namun Farizal berjaya menafikan percubaan pemain sayap Jordan, Saleh Rateb walaupun berdepan situasi satu lawan satu.
Sepanjang babak pertama, skuad negara hanya berjaya mencipta satu peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-23 namun hantaran lintang Matthew Davies gagal disambar dengan baik pemain sayap kiri, Hadin Azman.
Bersambung babak kedua, kemasukan Syafiq Ahmad menggantikan Danial Amier nyata memberi impak di bahagian serangan negara.
Percubaan pertama negara pada babak kedua hadir menerusi penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha yang hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-47 namun rembatan kencangnya yang terlebih dahulu terkena kaki pertahanan lawan sebelum bola melewati palang gol Jordan.
Beraksi di hadapan lebih 14 ,000 penyokong Harimau Malaya yang hadir di stadium, anak buah Tan Cheng Hoe terus memberi tekanan kepada pertahanan pelawat dan kali ini menerusi sepakan bola mati Safawi pada minit ke-57 namun kali ini melewati tiang pula.
Hazwan Bakri turut mempunyai peluang terbaik untuk mencipta nama sebagai penjaring namun tampanannya dalam kotak penalti berjaya ditepis keluar penjaga gol Jordan, Yazeed Abulaila pada minit ke-64. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan