Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 12 Ogos 2019

Teong Kim syor pemain muda sertai Akademi JDT



PENGARAH Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim mengesyorkan pemain remaja yang berhajat untuk meneruskan karier profesional dalam sukan bola sepak supaya menyertai Akademi Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
Beliau berkata pemain muda terutama daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) lebih sesuai menyambung latihan di Akademi JDT memandangkan kelengkapan prasarana yang serba canggih dan moden hanya terdapat di kelab bola sepak berkenaan.
"JDT adalah tempat yang sesuai untuk pemain daripada NFDP meneruskan karier bola sepak mereka seandainya mahu menjadi pemain profesional dan tiada tempat lain yang sesuai.
"Malah di Akademi JDT latihan yang diadakan tersusun dan menepati kehendak bola sepak moden dan antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara," katanya ketika ditemui di Johor Bahru, kelmarin.
Katanya, untuk membimbing pemain muda, kelengkapkan pusat latihan yang mengikut piawaian antarabangsa memainkan peranan penting dan di Akademi JDT segalanya lengkap bermula dari peringkat akar umbi sehingga peringkat senior.
Ternyata apa yang diperkatakan Teong Kim ada kebenaran apabila hasil program pembangunan bola sepak sejak ditranformasi oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2013, pasukan remaja sudah menunjukkan peningkatan mendadak.
Antara kejayaan yang diraih hasil program pembangunan adalah menjuarai Kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bawah 18 tahun pada 2018 dan turut kejayaan itu turut dicapai Bawah 15 tahun.
Malah menerusi program pembangunan, Bawah 14 tahun turut mencipta kejayaan selepas muncul juara Piala Menteri Pendidikan pada 2018.
Bawah 13 tahun juga memenangi kejohanan jemputan antarabangsa Piala JSSL.
Dan terbaharu, Bawah 12 tahun muncul juara kejohanan bolasepak MSSM pada tahun ini dan semuanya hasil peraancangan yang rapi dalam program pembangunan bolasepak.
"Saya lihat di JDT mempunyai program pembangunan yang amat baik apabila mengadakan kolaborasi bersama kelab ternama Jerman, Borussia Dortmund dan kelab dari Sepanyol, Valencia CF sebelum ini dan modul yang digunakan juga bertepatan untuk memajukan pembangunan bola sepak akar umbi.
"Saya percaya di Akademi JDT merupakan tempat paling sesuai untuk mengembangkan karier bolasepak dan mampu mencungkil lebih ramai pemain muda berkaliber yang akan mengharumkan lagi bolasepak negara, kata Teong Kim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan