Kejayaan tersebut membolehkan Australia memenangi Kejuaraan AFF B-18 buat kali kelima selepas kali pertama melakukannya pada 2006, 2008, 2010, 2016 sekali gus menyamai pencapaian Thailand.
Tahun lalu, Malaysia memenangi kejohanan itu selepas menewaskan Myanmar 4-3 di Indonesia.
Sementara itu, Indonesia menamatkan kempen kejohanan tersebut di tempat ketiga selepas membelasah Myanmar 5-0 di venue yang sama, petang tadi. - UTUSAN ONLINE