Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 21 Ogos 2019

Syahmi tak patah semangat

Pertahanan Harimau Malaya, Syahmi Safari mengakui tidak kecewa walaupun jaringannya tidak tersenarai dalam 10 gol terbaik. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Pertahanan Harimau Malaya, Syahmi Safari mengakui tidak kecewa walaupun jaringannya tidak tersenarai dalam 10 gol terbaik untuk Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Sebaliknya, pemain muda berusia 21 tahun itu menganggap ia bukan rezeki untuk jaringannya yang dihasilkan pada separuh akhir Piala AFF berdepan Thailand, tahun lalu tercalon dalam anugerah berprestij itu.
Malah, Syahmi berkata, semangatnya untuk terus membantu Harimau Malaya di pentas antrabangsa dan Selangor dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) tetap tidak pernah luntur.
"Mungkin kali ini bukan rezeki saya. Tapi kalau ada rezeki atau peluang lagi, saya mahu mencipta jaringan lebih menarik bersama pasukan negara dan Selangor," katanya kepada BH Sukan, semalam.
Selain jaringan Syahmi, satu lagi gol menarik daripada pemain import Pahang, Herold Goulon yang turut dihantar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk anugerah itu juga tidak tersenarai dalam 10 gol terbaik yang diumumkan FIFA, kelmarin.
Dalam perkembangan lain, Syahmi berkata dia ketika ini perlu memberikan fokus 100 peratus untuk membantu Selangor dalam kancah Piala Malaysia terutama apabila berdepan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.
Katanya, keputusan seri 1-1 dengan skuad kendalian E Elavarasan dalam aksi ketiga Kumpulan D di Stadium Shah Alam, Ahad lalu membuktikan Red Giants tidak boleh memandang mudah kemampuan The Cops.
"Kami perlukan keputusan positif berdepan PDRM untuk membuka peluang ke peringkat seterusnya. Malah, semua pasukan dalam kumpulan juga masih mempunyai peluang untuk mara.
"Bagi saya, moral semua pemain Selangor berada pada tahap terbaik. Perlawanan malam esok (malam ini) pasti berbeza berbanding sebelum ini dan kami akan cuba mendapatkan tiga mata," katanya.
Selangor kini berada di kedudukan kedua kumpulan selepas mengumpul lima mata, satu mata di belakang pendahulu Melaka United sementara PDRM pula di tangga ketiga dengan empat mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan