Skuad bawah 18 tahun (B-18) negara. - Foto FAM
Keputusan itu menyaksikan skuad Malaysia bawah 18 tahun (B-18) yang juga juara bertahan, makin hampir merealisasikan impian ke separuh akhir dan hanya perlu menewaskan Thailand di perlawanan terakhir peringkat kumpulan Khamis ini.
Pada perlawanan itu, Luqman Hakim Shamsudin membuktikan kenapa dia dianggap sebagai permata negara apabila meledak dua gol.
Sekali pun bertubuh kecil, kedua-duanya gol dihasilkannya jelas menunjukkan betapa pemain kelahiran Kelantan itu memiliki kemahiran hebat untuk melepasi kekangan pertahanan lawan yang lebih besar daripadanya.
Kesemua jaringan skuad negara dihasilkan di babak pertama menerusi Luqman Hakim pada minit ke-17 dan 39 serta Muhammad Azam Azmi Murad pada minit ke-27.
Walaupun Australia kembali bangkit memberikan tekanan, pemain negara dilihat cukup berdisiplin untuk mempertahankan gawang daripada dibolosi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan