MALAYSIA memburu kemenangan apabila menentang Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan B, Kejuaraan AFF B-18 esok. - Gambar Ihsan NFDP
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Skuad bawah 18 (tahun B-18) negara perlu menewaskan Thailand dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B Kejuaraan Piala AFF B-18, esok bagi mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan tersebut.
Perebutan slot ke separuh akhir kumpulan B menyaksikan persaingan sengit tiga negara iaitu Malaysia, Australia dan Vietnam namun saingan kumpulan A menyaksikan Indonesia dan Myanmar telah mengesahkan tempat dan hanya bersaing dalam penentuan juara.
Ketua jurulatih B-18 negara, Brad Maloney mengakui hanya kemenangan akan mengesahkan tempat ke separuh akhir tanpa perlu mengharapkan keputusan perlawanan antara Vietnam dan Kemboja.
Tambahnya, prestasi anak buahnya semakin meningkat dalam setiap perlawanan dan secara keseluruhan dia berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan pemainnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan