Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 15 Ogos 2019

Semua tiket aksi Harimau Malaya dijual dalam talian

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) dan Pengerusi PSM, Tan Sri Tony Fernandes menyepak bola ke gawang pada perasmian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Antara FAM dan PSM di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
BUKIT JALIL: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sepakat untuk menghentikan penjualan tiket secara fizikal membabitkan aksi Harimau Malaya bagi merealisasikan sistem jualan dalam talian sepenuhnya.
Langkah yang bakal dilaksanakan itu dilihat sebagai satu daripada cara untuk mengatasi permasalahan jualan tiket seperti dihadapi sebelum ini sehingga tercetus kekecohan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong.
Walaupun belum ada sebarang perjanjian dengan pihak yang akan mengendalikan sistem berkenaan, Pengerusi PSM, Tan Sri Tony Fernandes bertegas proses pemilihan pemegang tender sedang dilakukan.
"Saya tidak boleh nyatakan sekarang," katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Antara FAM dan PSM di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. 
Hadir sama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Timbalan Presiden Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi serta Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.
Proses jualan tiket secara atas talian mengikut nombor tempat duduk itu dijangka akan cuba dilaksanakan seawal aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), 10 September ini.
Selain itu, proses keselamatan di pintu masuk stadium menggunakan alat pengimbas logam dan pengimbas tangan turut akan digunakan selain memperkenalkan laluan ekpres bagi penyokong tidak membawa beg sekali gus melancarkan aliran masuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan