Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 14 Ogos 2019

Sathianathan: Kecemerlangan Skuad Muda Bukan Sebab ‘Orang Itu’


Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) B. Sathianathan menyatakan bahawa kecemerlangan aksi skuad B-15 dan B-18 Malaysia bukannya hanya kerana magis ‘orang itu’ – tanpa menyebut nama.
Sathianathan menegaskan bahawa apa yang dikecapi pada hari ini oleh skuad muda Malaysia adalah kerana kerja keras daripada FAM dengan sokongan kuat daripada kerajaan pusat. Kedua-dua pihak tersebut yang sangat pro-aktif bekerjasama secara dekat, kata beliau lagi.

Oleh itu, B. Sathianathan menegaskan bahawa, adalah tidak wajar untuk memberikan kredit hanya kerana usaha seorang individu. Sedangkan usaha untuk mencapai semua itu melibatkan pembabitan banyak pihak.
Dipetik daripada BH Online, B. Sathianathan menyatakan bahawa bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin merupakan tunjang ataupun tulang belakang kepada kebangkitan pasukan muda Malaysia di pentas antarabangsa.
Sathianathan berkata: “Tiada siapa pun boleh mendakwa bahawa kejayaan hari ini adalah inspirasi ataupun ilham daripada seorang individu. Tetapi ianya adalah kerana kerja berpasukan di antara FAM dan kerajaan pusat.”
“Jika anda masih bertanya kepada saya, siapakah individu yang bertanggungjawab dalam kebangkitan prestasi ini, secara peribadi saya akan sebut 2 nama iaitu Khairy dan Hamidin, bukannya orang lain.”

FOTO: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
“Ini kerana kita harus ingat Khairy yang membentangkan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) kepada Parlimen di mana ini adalah kali pertama bola sepak berada dalam agenda negara.”
“Jadi idea Khairy ini membuktikan pemain muda kita memiliki potensi besar. Peranan Hamidin pula adalah mengembangkan idea Khairy menjadi lebih baik mengikut kesesuaian bola sepak tempatan.
“Jika betul ada orang yang mahu ‘tuntut’, sepatutnya datang daripada dua individu ini bukannya orang lain. Kalau setakat datang untuk menguruskan projek yang sudah ada atau sudah dirancang, semua orang boleh lakukan,” tambah beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan