PREVIU - CHALLENGE CUP CC4
Aksi Challenge Cup bersambung malam ini dengan satu perlawanan Kumpulan A di antara Kelantan and Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Kelantan, yang menduduki tempat kedua dengan tiga mata, akan mencerahkan lagi peluang layak ke peringkat separuh akhir Challenge Cup dengan keputusan positif malam ini.
Pada 20 Ogos lepas, Kelantan telah menewaskan Sarawak 3-0 in Kuching dengan jaringan Fauzi Rozlan (dua gol) dan Khairul Rizam Che Soh.
Perlawanan di Kota Bharu ini dijangka menampilkan persaingan yang sengit kerana pasukan Bujang Senang memerlukan kemenangan untuk terus bersiang untuk tempat ke separuh akhir.
Skuad bimbingan Yusri Che Lah tewas tipis 1-0 kepada Johor Darul Ta’zim II dalam perlawanan terakhir mereka di laman sendiri, tetapi mereka akan berkeyakinan tinggi untuk mendapatkan tiga mata penting kerana rekod Sarawak di tempat lawan kurang memuaskan, dengan lima kekalahan berturut-turut sebagai pasukan pelawat.
Dua perlawanan Kumpulan B akan berlangsung pada hari Rabu.
Kuala Lumpur akan bertemu dengan UKM FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dengan harapan memperolehi tiga mata penting untuk terus mengejar slot ke peringkat separuh akhir.
Pasukan Sulaiman Hussin mendahului kumpulan dengan tujuh mata mengatasi Terengganu FC II (TFC II) menerusi perbezaan gol manakala Kuala Lumpur berada di tempat ketiga dengan tiga mata.
Dalam pusingan pertama, UKM FC telah menewaskan Kuala Lumpur dengan keputusan 3-0 di venue yang sama.
“Pemain ingin mengulangi kejayaan menewaskan Kuala Lumpur. Tetapi, kita kena berhati-hati kerana pasukan Roslee Md Derus sudah pasti ingin membalas dendam.
“Kuala Lumpur merupakan pasukan yang kuat dan mempunyai ramai pemain berkaliber. Saya sudah memberitahu pemain supaya jangan bermain sambil lewa kerana tiga mata dalam perlawanan ini amat penting buat kami,” kata Sulaiman.
UKM FC telah memenangi tiga perlawanan berturut-turut di stadium tersebut; manakala pemain tengah Kuala Lumpur, Paulo Josue menjaringkan hatrik dalam perlawanan terakhirnya di laman sendiri.
Di Kuala Terengganu, TFC II akan melayan kunjungan Selangor United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Dalam perlawanan pusingan pertama, TFC II berjaya menewaskan Selangor United 3-2 di Stadium Selayang dengan dua gol Ashari Samsudin.
TFC II sudah tentu ingin mempertahankan rekod lapan perlawanan tanpa kalah di laman sendiri; manakala pasukan pelawat akan memburu kemenangan pertama di tempat lawan sejak menewaskan UiTM FC dalam aksi Liga Premier pada bulan Mei 2019.
Selangor United dijangka memberi tentangan hebat untuk mendapatkan tiga mata pertama mereka. Kalau kalah, ia akan terus menutup peluang ke separuh akhir untuk pasukan Abd Talib Sulaiman.
Penyerang Selangor United, Nurshamil Abd Ghani telah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan Challenge Cup setakat ini.
Saksikan siaran langsung perlawanan Kelantan lwn Sarawak dan Kuala Lumpur lwn UKM FC di mycujoo.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan