Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 14 Ogos 2019

PREVIU - CHALLENGE CUP CC2. #ChallengeCup2019


PREVIU - CHALLENGE CUP CC2

Aksi Challenge Cup bersambung malam ini dengan dua perlawanan menarik.

Dalam perlawanan Kumpulan A, Kelantan akan melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Ia merupakan aksi pertama pasukan Yusri Che Lah dalam Challenge Cup 2019 manakala JDT II menewaskan Sarawak 3-1 dalam perlawanan pembukaan pada 5 Ogos lalu.

JDT II akan mengharapkan sentuhan berbisa bekas penyerang Kelantan, Mohamad Ghaddar, yang telah meledak tujuh gol dalam aksi Liga Premier dan satu gol dalam Challenge Cup setakat ini, untuk merobek gawang pasukan The Red Warriors.

Dalam pertemuan antara dua pasukan ini, skuad bimbingan Ervin Boban menang 2-0 pada aksi pusingan pertama Liga Premier manakala seri 1-1 pada perlawanan pusingan kedua di Kota Bharu.

Pemain tengah dari Argentina, Nicolas Fernandez telah menyumbang satu gol dan dua “assist” setakat ini dalam saingan Challenge Cup dan sudah pastinya perlu dikawal ketat oleh pertahanan Kelantan.

Pasukan tuan rumah pula akan meletakkan harapan pada pemain muda, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Nik Azli Nik Alias, yang telah berganding untuk memperoleh sembilan gol dalam Liga Premier musim ini.

Di Kuala Terengganu, juara bertahan, Terengganu FC II (TFC II) akan bertemu finalis 2018 UKM FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dalam perlawanan Kumpulan B.

Perlawanan ini merupakan ulangan perlawanan akhir Challenge Cup musim lepas, dan dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan ingin meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas berjaya memperolehi tiga mata dalam perlawanan pembukaan mereka.

Penyerang TFC II, Bruno Suzuki, telah meledak hatrik dalam perjumpaan terakhir dua pasukan ini di Liga Premier, dan TFC II ingin mengekalkan rekod cemerlang mereka menentang UKM FC di mana mereka masih belum tewas dalam lapan pertemuan terakhir.

“Kita tidak pernah menewaskan TFC II sejak musim lalu. Kita mengharapkan permulaan baru malam ini. Fokus kita ialah untuk memecahkan rekod tanpa menang kami,” kata pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin.

“Pemain-pemain berada pada tahap terbaik. Bagaimanapun, kita mempunyai masalah di bahagian pertahanan dengan ketiadaan Wan Afiq, Akmal Zahir dan Alexandru Tudose kerana kecederaan.

“Selain itu, ramai pemain lain masih cedera. Tetapi pasukan UKM FC tetap akan cuba beraksi dengan baik dengan pemain-pemain gantian yang berkalliber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan