Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 19 Ogos 2019

Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin tetap ucapkan tahniah kepada skuad B-18 kebangsaan biarpun tidak bergelar juara Piala Next Media B-18 AFF 2019. #FAM #HarimauMalaya #AFFU18

Tahniah Skuad B-18 Kebangsaan Naib Juara Piala Next Media B-18 AFF 2019
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin tetap mengucapkan tahniah kepada skuad B-18 kebangsaan kendalian Brad Maloney di final biarpun tidak bergelar juara Piala Next Media B-18 AFF 2019 selepas tewas 1-0 kepada Australia di Ho Chi Minh City, Vietnam, hari ini.
"Para pemain sudah menampilkan aksi cemerlang serta terbaik pada perlawanan ini tetapi apa yang penting saya mahukan anda terus fokus pada perlawanan kita yang akan datang iaitu Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Kemboja pada 2-10 November ini.
"Kita tidak perlu menoleh ke belakang sebaliknya terus maju ke hadapan dengan jadikan kesilapan kekalahan ini sebagai iktibar untuk perlawanan lain selepas ini.
"Tahniah dan terima kasih kepada Brad dan barisan kejurulatihannya iaitu Khan Hung Meng dan Yong Wai Hwang serta pegawai-pegawai lain diketuai pengurus pasukan yang juga exco FAM, Dato' Kamarul Ariffin Mohd Shahar yang turut sama bekerja keras sepanjang hampir dua minggu mereka berada di Vietnam," kata Dato' Haji Hamidin.
Pada Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 ini, Malaysia diletakkan dengan Kumpulan G dengan tuan rumah, Kemboja, Thailand, Brunei dan Northern Mariana Islands.
----
Congratulations to the U-18 National Squad for Placed Second at the 2019 AFF U-18 Next Media Cup
The Football Association of Malaysia (FAM) President, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin congratulated the national U-18 squad led by Brad Maloney who made their way to final despite losing to Australia 1-0 at Ho Chi Minh City, Vietnam, today.
"The players have performed in the match but what is more important that I want you to stay focused on our upcoming match, the 2020 AFC U-19 Championship Qualifiers this November 2 to 10.
"No need to look back instead to we move forward by making this defeat a testament to our next game.
"Congratulations and thanks to Brad and his coaching staff Khan Hung Meng and Yong Wai Hwang and other officers led by team manager and FAM exco Dato' Kamarul Ariffin Mohd Shahar who worked together for almost two weeks in Vietnam," said Dato' Haji Hamidin.
At this AFC 2020 B-19 Championship qualification, Malaysia is placed in Group G with hosts, Cambodia, Thailand, Brunei and the Northern Mariana Islands.

Imej mungkin mengandungi: 23 orang, orang senyum, luaran

Imej mungkin mengandungi: 18 orang, orang senyum, orang berdiri dan teks

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang bermain sukan dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang bermain sukan dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang bermain sukan dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, luaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan