Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 17 Ogos 2019

Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengucapkan syabas kepada skuad B-18 kebangsaan yang berjaya ke Final Piala Next Media B-18 AFF 2019 sebentar tadi. #FAM #HarimauMalaya #AFFU18

Syabas Skuad B-18 Kebangsaan Berjaya Ke Final Piala Next Media B-18 AFF 2019
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengucapkan syabas dan tahniah kepada skuad B-18 kebangsaan kendalian Brad Maloney yang berjaya melangkah ke Final Piala Next Media B-18 AFF 2019 selepas menewaskan Indonesia 4-3 pada aksi separuh akhir di Ho Chi Minh City, Vietnam, hari ini.
"Satu persembahan yang cukup bertenaga dan dramatik telah ditampilkan. Kesungguhan serta komitmen yang tinggi ditunjukkan kesemua pemain sepanjang permainan amat membanggakan. Pujian harus diberikan kepada para pemain muda negara kita ini.
"Tahniah dan terima kasih kepada Brad dan barisan kejurulatihannya iaitu Khan Hung Meng dan Yong Wai Hwang serta pegawai-pegawai lain diketuai pengurus pasukan yang juga merangkap exco FAM, Dato' Kamarul Ariffin Mohd Shahar yang turut sama bekerja keras sepanjang hampir dua minggu mereka berada di Vietnam.
"Semoga semangat dan momentum ini dapat diteruskan pada aksi final, Isnin nanti kerana selaku juara bertahan, kita seharusnya tidak perlu gentar samada akan berdepan Australia atau pun Myanmar untuk mempertahankan kejuaraan malah penting buat pemain untuk kekal fokus," kata Dato' Haji Hamidin.
Lawan Malaysia pada aksi final nanti hanya akan dapat diketahui selepas berakhirnya satu lagi aksi separuh akhir antara Australia dan Myanmar,
malam ini.
----
Congratulations to the National U-18 Squad for Marching into the 2019 AFF U-18 Next Media Cup Final
The Football Association of Malaysia (FAM) President, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin congratulated the national U-18 squad led by Brad Maloney who made their way to the 2019 AFF U-18 Next Media Cup final after defeating Indonesia 4-3 in the semi-final at Ho Chi Minh City, Vietnam, today.
"A very energetic and dramatic performance was on show. The commitment by all the players throughout the game is commendable. Credits to our young players.
"Congratulations and a big thank you to Brad and his coaching staff including Khan Hung Meng, Yong Wai Hwang and other team officials led by team manager and FAM exco, Dato’ Kamarul Ariffin Mohd Shahar for their efforts in Vietnam this past two weeks.
"I hope we will continue this momentum in the final on this coming Monday because as the defending champions, we should be fearless whether we face Australia or Myanmar, however it is important for the players to remain focused," said Dato’ Haji Hamidin.
Malaysia's opponent for the final will only be known after the end of the other semi-final between Australia and Myanmar later tonight.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, bermain sukan dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, luaran

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang bermain sukan dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang berdiri dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang berdiri dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang berdiri, pokok dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, luaran dan teks

Imej mungkin mengandungi: 14 orang, orang berdiri dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, luaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan