Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 19 Ogos 2019

Pemain perlu berani cabar Australia - Maloney

PENGENDALI skuad negara, Brad Maloney. NSTP/Mohd Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR: “Pemain perlu berani dan bermain ikut cara sendiri!” 
Itu nasihat yang dilaungkan pengendali skuad negara, Brad Maloney kepada anak buahnya sebagai azimat bagi menghadapi cabaran Australia di pentas akhir Kejuaraan Bawah 18 tahun negara (B-18) AFF 2019 di Stadium Thong Nhat, malam ini.
Bagaimanapun, pembantu skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) itu mahu pemain muda negara bersedia dengan apa saja kemungkinan yang boleh berlaku pada aksi final itu sekalipun ia adalah perlawanan ulangan peringkat kumpulan yang menyaksikan Malaysia gah membenam Australia 3-0.
Jelasnya, skuad ‘Kanggaru’ pasti melihat pentas final sebagai medan terbaik untuk membalas dendam di atas kekalahan tempoh hari sekali gus menyaksikan strategi berbeza bakal ditampilkan skuad bimbingan Gary Rudy itu.
“Saya menjangkakan Australia mahu bangkit daripada kekecewaan di peringkat kumpulan dan akan datang pada final dengan lebih bersemangat.
“Kita tidak boleh bersandarkan pada kemenangan lalu kerana setiap aksi adalah berlainan apatah lagi saingan memasuki perlawanan akhir dengan mengambil kira keadaan padang, kesebelasan utama dan taktikal yang digunakan.
“Apapun, kita hanya perlu fokus kepada apa yang perlu kita lakukan dan bersedia seperti biasa,” katanya.
Sebagai rekod, ini adalah kali ketiga berturut-turut skuad negara mara ke final Kejuaraan B-18 namun pada edisi 2017 yang berlangsung di Myanmar, Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan Thailand yang menjulang kejuaraan kelima selepas meraih kemenangan 2-0.
Bagaimanapun, edisi tahun lalu menyaksikan skuad yang dibimbing Bojan Hodak sekali lagi menempah tiket ke final dan akhirnya bergelar juara buat kali pertama selepas menundukkan Myanmar 4-3 dalam aksi penuh mendebarkan di Indonesia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan