Modul Ketiga Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020
Seramai 25 jurulatih meneruskan Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 bagi modul ketiga kursus ini yang bermula hari ini hingga 30 Ogos 2019 di Hotel Armada, Petaling Jaya.
Modul kali ini turut dikendalikan oleh instruktur UEFA dari Denmark, Flemming Mark Serritslev dan dibantu oleh Ketua Unit Pendidikan Jurulatih FAM, David Abela.
Hari pertama modul ini meliputi pelbagai topik termasuk perubatan dalam sukan, kelesuan, pelesenan kelab, pakar diet sukan, kepimpinan, integriti dalam bola sepak Asia dan ceramah mengenai Kejuaraan AFC 2019 oleh Timbalan Pengarah Teknikal AFC, Wim Koevermans.
——
AFC Professional Diploma Coaching Course 2019-2020 Third Module
A total of 25 coaches resumed the third module of the AFC Professional Diploma Coaching Course 2019-2020 which started today until 30th August 2019 at the Armada Hotel, Petaling Jaya.
This module will be led by an UEFA instructor from Denmark, Flemming Mark Serritslev and assisted by FAM Head of Coach Education, David Abela.
The first day of this module covered a range of topics including sports medication, fatigue, club licensing, sports dietitian, leadership, integrity in Asian football and a talk on the 2019 AFC Championship by AFC Deputy Technical Director, Wim Koevermans.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan