Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa FAM Kali Kedua
Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermesyuarat buat kali kedua bagi penggal 2017-2021 di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Naib Presiden FAM, Mohd Joehari Ayub selaku pengerusi jawatankuasa berkenaan.
Perbincangan mengenai persediaan bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 antara skuad Harimau Malaya dan Jordan pada 30 Ogos nanti serta Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan datang turut diadakan dalam mesyuarat tersebut.
----
FAM International Competitions Committee’s Second Meeting
The Football Association of Malaysia (FAM) International Competitions Committee had their second meeting for the 2017-2021 term at Wisma FAM, Kelana Jaya, today.
The meeting was chaired by the Vice President of FAM, Mohd Joehari Ayub as the committee chairman.
Discussions on the preparations for the upcoming Tier 1 International Match between the Harimau Malaya squad and Jordan on 30th August 2019 and the 2022 World Cup/2023 Asian Cup Joint Qualification Round 2 were held during this meeting.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan