Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 21 Ogos 2019

Luqman mahu bangkit segera

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN
LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN
SEPANG, 21 Ogos - Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mahu segera melupakan kekecewaan dialami dalam kempen Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 18 Tahun (B-18) 2019 di Vietnam yang menyaksikan Malaysia muncul sebagai naib juara.
Kegagalan menjulang pasukan negara muncul juara amat dikesali pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus bekerja keras mengharumkan nama Malaysia di pentas tertinggi pada masa hadapan.
Kata Luqman, 17 tahun, dia sendiri akui tidak berpuas hati dengan sekadar menduduki tempat kedua dalam kejohanan itu.
“Semangat saya masih membara. Sebagai pemain kebangsaan, kita perlu sentiasa ada semangat untuk menyumbang sesuatu kepada pasukan.
“Mengenai prestasi saya, rasanya ia tidak memuaskan kerana saya tidak dapat bantu pasukan muncul juara. Setiap pemain dalam pasukan ini ada sifat ingin menang, jadi saya ada rasa sedikit tidak berpuas hati,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.
Dalam aksi final di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh, Isnin lepas, Malaysia tewas 0-1 di tangan Australia hasil jaringan tunggal Lachlan Ricky Brook pada minit ke-79 sekali gus menyaksikan skuad kendalian ketua jurulatih sementara, Brad Maloney, gagal mempertahankan kejuaraan diraih pada edisi lepas.
Bagaimanapun, Luqman yang menjaringkan empat gol sepanjang kempen mula menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak tempatan terutama susulan prestasi cemerlang apabila meledak dua gol ketika menundukkan Australia 3-0 pada saingan peringkat kumpulan.
Beliau berkata fokus utamanya adalah membawa Malaysia layak ke Kejohanan B-19 AFC 2020 seterusnya Piala Dunia B-20 2021 selain meningkatkan prestasi diri.
“Pujian itu semua saya mahu letak tepi dulu kerana dengan pujian ini semua bukan kita boleh buat apa-apa pun, jadi saya mahu terus pandang ke hadapan.
“Saya mahu pasukan layak ke Kejohanan AFC dan misi paling utama saya nak bantu Malaysia ke Piala Dunia,” katanya.
Skuad B-18 kebangsaan selepas ini akan menyertai pusingan Kelayakan Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Kemboja dari 2 hingga 10 November ini.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan G akan berentap bersama-sama Thailand, Brunei, Kepulauan Mariana Utara dan pasukan tuan rumah. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan