Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 11 Ogos 2019

'Kita boleh tewaskan Jepun'


Skuad bawah 15 tahun negara bersama naib presiden FAM, Datuk Seri S Subahan Kamal (kanan), P Maniam (kiri) ketika tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). - Foto BERNAMA

SEPANG: Dua tonggak bawah 15 tahun (B-15) negara, Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar dan Mohamad Khairil Mohd Zain merasakan Jepun tidak terlalu kebal untuk ditewaskan ketika lawan itu bakal ditentang pada kempen kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), bulan depan.
Keyakinan itu diluahkan kedua-dua pemain itu berdasarkan pengalaman menentang pasukan gergasi Asia itu pada Piala Wuhan, Ogos lalu.
Ketika itu, walaupun tewas 3-1 namun Muhammad Daniel menegaskan kekalahan itu lebih kepada kesilapan sendiri dan aksi bulan depan adalah perhitungan berbeza.
"Kalau tengok aksi menentang Kemboja (menang 2-0 di Kejuaraan AFF 2019), atas kertas kita boleh 'makan' tetapi kami tidak boleh ambil mudah. Begitu juga dengan Jepun dan paling penting kami kena fokus serta berikan komitmen 200 peratus.
"Kalah (kepada Jepun) ketika itu sebab kesilapan kami sendiri yang membolehkan mereka menjaringkan gol. Dengan komitmen seluruh pasukan, InsyaAllah kami boleh," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Motivasi pasukan kendalian P Maniam kini berada pada tahap tertinggi selepas muncul juara Kejuaraan AFF B-15 dan pasukan hanya diberikan cuti tiga hari untuk sambutan Hari Raya Aidiladha.
"Kami akan bawa momentum ini ke saingan AFC dan sudah pasti kami akan buat persiapan lebih baik. Memang teruja untuk menentang Jepun kerana mereka gergasi bola sepak Asia.
"Kami sentiasa percaya antara satu sama lain dan InsyaAllah kami mampu kalahkan Jepun," kata Mohamad Khairil.
Mengulas pengorbanan mereka yang hanya diberikan cuti tiga hari untuk sambutan Aidiladha, Muhammad Daniel merasakan ia bukan masalah buat mereka kerana keutamaan adalah maruah Malaysia di pentas antarabangsa.
"Kami sedia berkorban demi negara kerana kami tahu tahun ini kami ada misi penting untuk bawa Malaysia ke Piala Dunia," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan