Hanya kerana memiliki nama yang sama, akaun Instagram pemain tengah Pahang menjadi mangsa serangan penyokong Indonesia.
Semalam Azam Azih melahirkan rasa terkejut kerana secara tiba-tiba salah satu muat naik di akaun media sosial tersebut dihujani oleh komen-komen berbaur provokasi, dipercayai dari kumpulan penyokong dari Indonesia.
Perkara itu dipercayai kerana berlakunya salah identiti yang menjangkakan Azam Azih adalah pemain skuad Bawah-18 negara yang sedang beraksi di Kejohanan AFF B-18 yang sedang berlangsung di Vietnam.
Komen tersebut juga susulan kekalahan 4-3 skuad muda Indonesia di separuh akhir kejohanan tersebut kepada pasukan negara kendalian Brad Maloney.
Azam Azih menerima tempias provokasi dari penyokong Indonesia kerana mereka menjangkakan beliau adalah Muhammad Azam Azmi Murad, pemain tengah yang memakai jersi No.6.
Komen-komen provokasi dari penyokong Indonesia turut menerima tindak balas dari pengguna media sosial rakyat Malaysia. Melalui pemerhatian kami semalam, komen-komen dari penyokong kedua-dua belah pihak mencecah lebih 1400 kome, sebelum ianya dipadam oleh Azam sendiri.
Pada ketika itu, kami percaya Azam menyedari perkara itu berlaku kerana kesilapan identiti dari penyokong Indonesia. Tindakan memadam komen-komen tersebut juga dipercayai untuk tidak memanjangkan pertengkaran yang tidak berfaedah di kalangan penyokong Indonesia dan Malaysia.
AFF U18 Next Media Cup 2019 - Semifinal 1 - Indonesia vs Malaysia#affu18#AFFU18Championship2019#pssi#fam
See ASEAN Football's other Tweets
Dalam perlawanan separuh akhir yang mendebarkan di kejohanan AFF B-16, Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir menentang Australia esok.
Pasukan muda negara menewaskan Australia 3-0 dalam pertemuan peringkat kumpulan pada 13 Ogos lalu, namun perlawanan akhir kali ini pasti akan membawa cabaran yang jauh berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan