Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 15 Ogos 2019

Kedah memulakan kempen Piala Malaysia dengan baik namun kecundang pada Matchday 2. Bolehkah Kedah bangkit kembali menentang PKNS FC?

Kedah perlu perkemas serangan




Kedah bakal membuat percaturan ketiga Piala Malaysia selepas dijadualkan bertemu PKNS FC di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.
Skuad Helang Merah tewas mengejut ke atas Terengganu FC (TFC) pada aksi Kumpulan A minggu lalu dengan Kipre Tchetche menjadi watak pemusnah apabila dua jaringan beliau memberi tiga mata penuh di tempat lawan.
Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mahu bahagian serangan Kedah untuk meningkatkan lagi ketajaman di bahagian depan selepas gagal mengahasilkan jaringan pada pertemuan dengan TFC.
Beliau juga turut menyatakan bahawa Fernando Rodrigue dan Jonatan Bauman perlu lebih fokus dan sentiasa meningkatkan mutu permainan.
“Saya sudah memberi amaran kepada penyerang Fernando Rodriguez dan Jonatan Bauman selepas kami tewas kepada TFC minggu lalu agar mereka lebih fokus dan mempertingkatkan aspek ketajaman serangan dalam usaha memburu tiga mata berdepan PKNS kali ini.
“Kekalahan kepada Terengganu FC minggu lalu benar-benar meninggalkan kesan kepada pasukan dan juga penyokong di laman sendiri dan kita mahu pastikan momentum yang kita mulakan dengan kemenangan di Paroi dapat disambung selepas ini.
“Saya berharap dengan semangat baharu yang kami ada, kami harus bangkit melenyapkan kekecewaan lalu dan sudah semestinya kutipan tiga mata akan menjadi sasaran utama kami di tempat lawan nanti,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan