Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 21 Ogos 2019

Kecewa Tidak Mendapat Penalti, Sathianathan Harap Ada VAR Suatu Hari Nanti


Pengendali pasukan Selangor jelas sekali kecewa dengan kegagalan pasukannya mempertahankan 3 mata untuk dibawa pulang ke Shah Alam.
Menurut Sathianathan, mereka patut bertahan lebih baik ketika sedang mendahului perlawanan. Namun Selangor melepaskan 2 mata berharga kepada PDRM.

Selangor ketinggalan 1 gol berbalas kosong pada separuh masa pertama. Namun mereka bangkit dengan 2 gol pada separuh masa kedua.
Walaubagaimanapun, Gergasi Merah keciciran mata ketika 3 minit baki perlawanan. Lee Chang Hoon melakukan gol penyamaan yang cantik untuk pasukannya.
87'| GOL CHANG-HOON!

Tidak sampai 7 minit Selangor mendahului, Lee Chang-Hoon kembali menyamakan kedudukan buat The Cops dengan satu jaringan yang menarik menewaskan Khairul Azhan!

@PDRMTheCops 2-2 @FASelangorMy

See MFL LIVE's other Tweets
Bercakap kepada MFL selepas tamat perlawanan, Sathianathan berkata: “Saya sememangnya tidak gembira, kerana kita sudah mendahului 2-1. Dan kita seharunya lebih padat di bahagian belakang”
Walaubagaimanapun, Sathianathan percaya pasukannya patut mendapat penalti dalam perlawanan tersebut. Oleh itu, beliau berharap agar teknologi VAR akan digunakan di Malaysia pada suatu hari nanti.
“Saya berharap kita ada VAR, apabila masanya sudah tiba kelak, kerana pengadil tidak mampu untuk melihat segala-galanya.”
“Namun begitu, saya agak gembira menerima keputusan seri ini, kerana PDRM bermain baik, dan mereka berhak mendapat 1 mata.”
Akhir sekali B. Sathianathan menyatakan beliau tidak sabar untuk menantikan perlawanan seterusnya melibatkan pasukan Selangor.
"Saya tidak gembira kerana kita sudah mendahului 2-1,"

Berikut merupakan reaksi daripada B.Satianathan, ketua jurulatih @FASelangorMy selepas tamat perlawanan diantara sebentar tadi.
See MFL LIVE's other Tweets


Perlawanan seterusnya, Selangor akan berhadapan dengan pasukan Melaka United. Buat masa ini Selangor dan Melaka masih berkongsi mata. Namun pasukan Melaka ada kelebihan dari segi perbezaan jaringan, serta masih ada 1 perlawanan di dalam tangan.
Kejayaan mengikat Selangor juga membolehkan PDRM terus kekal bersaing untuk ke peringkat kalah mati. Kesemua kempat-empat pasukan masih berpeluang untuk mara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan