Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 29 Ogos 2019

Jordan Mungkin Turunkan Skuad Kedua Menentang Malaysia Esok

69684811_2008457769253813_1004217594946781184_n

Kekurangan pemain mungkin memaksa pengendali skuad kebangsaan Jordan, Vital Borkelmans menurukan ‘barisan kedua’ bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam esok.
Menurut kenyataan daripada portal berita dari Jordan, alrai.com, 8 tonggak utama kini berada di Taiwan untuk menunggu kedatangan pasukan itu  dimana mereka akan menentang tuan rumah untuk aksi pertama kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 5 September ini.
Jordan hanya sempat menjalani latihan selama dua hari di padang Sime Darby, Bukit Jelutong, Shah Alam selepas tiba di Malaysia, kelmarin.
70028557_2008458012587122_3773074128962060288_n
FOTO: JFA
Sesi latihan tersebut disertai oleh 18 orang pemain termasuk penyerang prolifik mereka, Yassin Al-Bakhit yang tiba dari UAE. Dua pemain lagi tiba semalam termasuk pemain pertahanan berpengalaman, Muhammad Al Dmeiri dan dan penyerang utama Al Wehdat SC, Baha Faisal.
“Ini adalah peluang untuk Jordan menurunkan barisan pemain muda kerana ada beberapa pemain masih lagi bersama kelab masing-masing. Penting untuk kami tiba awal di sini bagi membiasakan diri dan perlawanan yang bakal dihadapi adalah penting untuk pasukan,” kata Borkelmans.
69922786_2350869945009756_8693070805614985216_n

FOTO: FAM
Dalam senarai 26 pemain yang dipanggil menyertai pasukan tersebut, 17 pemain daripada skuad itu beraksi dalam saingan Piala Asia 2019. Pasukan yang berada di ranking 99 dunia itu turut menyenaraikan sebahagian pemain yang beraksi dalam kejohanan WAFF pada 4 Ogos hingga 10 Ogos lepas.
Seorang lagi pemain bintang mereka, Mohamed Abu Zreik turut tidak dapat menyertai pasukan ke Kuala Lumpur kerana perlu menyelesaikan proses perpindahannya ke Liga Greek.

Senarai pemain skuad kebangsaan Jordan

Penjaga Gol: Amer Shafi, Yazeed Abu Laila, Ahmad Abdel Sattar, Abdullah Al-Zu’bi,
Pertahanan: Anas Bani Yassin, Tareq Khattab, Feras Shelbaya, Baraa Marei, Yazan Al-Arab, Muhammad Al Dmeiri
Tengah: Saleh Rateb, Khalil Bani Attia, Saeed Murjan, Ahmed Samir, Bahaa Abdul Rahman, Mohammed Bani Attia, Yousef Abu Jazar, Ahmed Ersan, Nour Al-Rawabdeh, Hassan Zahrawi,
Penyerang: Yassin Al-Bakhit, Hamza Al-Dardour, Yousef Al-Rawashdeh, Baha Faisal, Musa Al-Taamari, Mohammad Al-Zu’bi, Hadi Al-Hourani
Sudahkah anda mendapatkan tiket perlawanan persahabatan di antara Malaysia menentang Jordan? Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan