Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 22 Ogos 2019

Hari Ketiga Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 Modul Ketiga. #FAM #HarimauMalaya

Hari Ketiga Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 Modul Ketiga
Hari ketiga Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 Modul Ketiga menyaksikan 25 ketua-ketua jurulatih membuat lawatan ke Pusat Sukan dan Sains Eksesais Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur bagi mengkaji secara mendalam bagaimana sains sukan boleh memainkan peranan dalam menyumbang kepada kejayaan bola sepak di Malaysia.
Antara topik pembentangan yang disampaikan hari ini adalah kepentingan ujian dan pengukuran untuk penyelidikan yang baik berkaitan dengan bola sepak, tuntutan fizikal, komponen kecergasan dan ujian yang sesuai untuk pemain bola sepak yang disampaikan oleh pensyarah kanan UM, Dr Ashril Yusof.
Ketua-ketua jurulatih itu juga diberi demonstrasi beberapa ujian latihan oleh pensyarah kanan dan penyelaras untuk Program Sarjana Kekuatan dan Kondisi UM, Dr Victor Selvarajah, iaitu ujian Wingate yang mengukur kapasiti larian pecut yang mengalir ke dalam rizab tenaga glikolitik, ujian kekuatan menggunakan peralatan isokinetik yang menekankan kepentingan pengujian dan pengukuran berkala dalam bola sepak, untuk memantau keberkesanan latihan serta mencegah kecederaan.
Sesi pengajaran berakhir di makmal biomekanik di mana seorang lagi pensyarah kanan - Dr Rizal Razman menunjukkan ketua-ketua jurulatih bagaimana sistem tangkapan gerakan dapat memberikan data yang cukup berguna dengan menilai cara pelarian pemain untuk mengesan risiko kecederaan yang berpotensi dan tidak dikenalpasti.
——
Third Day of the AFC Professional Diploma Coaching Course 2019-2020 Module 3
The third day of the AFC Professional Diploma Coaching Course 2019-2020 Third Module saw the 25 coaches making a visit to the University Malaya (UM) Centre for Sport and Exercise Sciences, Kuala Lumpur to study in depth how sports science can contribute to the success of football in Malaysia.
Among the topics of presentation that were covered today were the importance of testing and measurements for a good research related to football, the physical demands, fitness components and suitable test for football players as presented by UM senior lecturer, Dr Ashril Yusof.
The coaches were also given a demonstration on a few exercise tests by UM senior lecturer and coordinator for UM’s Strength and Conditioning Masters Program, Dr Victor Selvarajah, namely the Wingate test measuring sprint capacity which taps into the glycolytic energy reserves, strength test using an isokinetic devise which was purported to emphasise on the importance of periodic testing and measurements in football, to monitor training efficacy as well as preventing injuries.
The teaching session ended at the biomechanics laboratory where another senior lecturer - Dr Rizal Razman showed the coaches how the motion capture system could provide useful data by assessing players running gait to detect undeclared or potential risk of injuries.

Imej mungkin mengandungi: 21 orang, orang senyum, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 1 orang

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri

Tiada penerangan foto disediakan.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan