KUALA LUMPUR: Ketiadaan penjaga gol utama skuad negara, Firdaus Irman Mohd Fadhil daripada kesebelasan utama pada aksi separuh akhir Kejuaraan Bawah 18 Tahun (B18) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2019 bertemu Indonesia, semalam menimbulkan persoalan.
Ketika penjaga gol itu tampil dengan aksi cemerlang untuk membawa negara ke separuh akhir, dia tidak diturunkan pada aksi separuh akhir sekali gus berkemungkinan besar dia ‘dihukum’ susulan permainan berisikonya pada perlawanan terakhir menentang Thailand, Khamis lalu.
Pengendali pasukan, Brad Maloney mungkin mengambil keputusan merehatkan penjaga gol itu kerana risau situasi sama akan diulangi Firdaus pada perlawanan penting selain cuba memberikan ruang untuk pemain itu bertenang dan tidak terganggu dengan situasi terbabit.
Atau Maloney cuba melakukan penggiliran selepas melihat anak buahnya kepenatan susulan mengharungi aksi padat dan dalam masa memberi peluang kepada Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman untuk beraksi, mungkin juga menyimpan Firdaus untuk beraksi di final ataupun penentuan tempat ketiga.
Tindakannya yang cuba ‘mempermainkan’ pemain Thailand, Sitthinan Rungrueang menyaksikan pemain Thailand itu berjaya merebut bola di kakinya sebelum menolak bola ke gawang kosong sekali gus membolehkan skuad ‘Gajah Perang’ itu meraih kemenangan pertama dan meletakkan Malaysia di ambang penyingkiran daripada pertandingan itu.
Mencari jersi kelab kegemaran yang murah dan berkualiti? Perlukan nasihat memilih jersi? Jom dapatkan di @giler.jersi.my
@giler.jersi.my
@giler.jersi.my
.
✴️Harga murah
✴️Gred berkualiti
✴️Fast response
✴️Beli banyak ada diskaun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan