JFA Tawar Permuafakatan dengan FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) mengadakan perbincangan dua hala selama lima hari bermula hari ini di Tokyo bagi memenuhi ruang kerjasama berpandukan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Pejabat Perdana Menteri, April lalu.
Delegasi FAM ke Jepun diketuai Presidennya, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, atas jemputan rakan sejawatannya di JFA, Kohzo Tashima, hampir lima bulan selepas MoU ditandatangani di Putrajaya sambil disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden FIFA, Gianni Infantino.
Dato' Haji Hamidin dan delegasinya disambut meriah oleh kakitangan JFA sejurus ketibaan di JFA House.
Lawatan di JFA House ini membuka ruang pembangunan mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama, termasuk kem latihan skuad kebangsaan, pendidikan kejurulatihan, pembangunan pengadil, pembangunan teknikal dan belia, pembangunan akar umbi, bola sepak wanita dan futsal serta jalinan hubungan kerajaan.
Selepas pembentangan kertas kerja dan perbincangan dua hala ini, FAM berharap dapat memuktamadkan beberapa elemen permuafakatan untuk JFA membantu FAM menambah baik prestasi pemain secara individu dan kelompok pemain secara berpasukan.
FAM menghargai ketelusan JFA yang membincangkan hala tuju dan cabaran membangunkan bola sepak di negara itu secara telus.
Pertemuan dua hala ini sangat terbuka dan telus di mana kedua-dua negara berbincang mengenai cabaran sedia ada, kekuatan dan kelemahan serta idea-idea yang boleh dijadikan panduan kepada pembangunan bola sepak di peringkat tempatan.
Selain barisan exco FAM, turut menganggotai delegasi FAM ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato' Ahmad Shapawi Ismail dan Ahmad Redzuan Shafi, Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan.
Sebagai permulaan, JFA membentangkan topik pembangunan wanita serta cabarannya sekalipun Jepun muncul juara Piala Dunia FIFA Wanita pada 2011, serta pembangunan remaja, pendidikan jurulatih dan pembangunan akar umbi serta kaedah persiapan dari sudut faktor luaran skuad senior lelaki menjelang Piala Dunia FIFA 2018.
Delegasi FAM juga dimaklumkan pembangunan akar umbi di Jepun tiada punyai had usia bagi memastikan setiap golongan dan lapisan masyarakat diberi ruang menikmati bola sepak dalam pelbagai bola sepak seperti pesta bola sepak kanak-kanak dan bola sepak berjalan atau 'walking football'.
Setakat Mac 2019, JFA memaklumkan kepada delegasi FAM bahawa Jepun mempunyai sejumlah 889,959 pemain, 27,918 pasukan, 81,883 jurulatih dan 274,544 pengadil. Jumlah penduduk Jepun ialah 127 juta.
Delegasi FAM turut dibawa ke Muzium bola sepak JFA yang mempertontonkan sejarah serta pencapaian bola sepak Jepun.
----
JFA to Reach a Consensus with FAM
The Football Association of Malaysia (FAM) and the Japan Football Association (JFA) are holding a five-day bilateral meeting starting today in Tokyo to fulfill the co-operation commitments under the Memorandum of Understanding (MoU) signed at the Prime Minister's Office last April.
The FAM delegation to Japan is led by its President, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, at the invitation of his JFA counterpart Kohzo Tashima, nearly five months after the MoU was signed in Putrajaya while witnessed by the Minister of Youth and Sports, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman and FIFA President, Gianni Infantino.
Upon arrival at the JFA House, Dato' Haji Hamidin and his delegates was given a very warm welcome by the JFA staffs.
The visit to JFA House tour opens the door for development in various common interests, including national squad training camps, coaching education, refereeing, technical and youth development, grassroots development, women's football and futsal and government relations.
Following the presentation of the worksheets and bilateral discussions, FAM hopes to conclude several elements of the JFA MoU to help FAM improve the performance of individuals and players as a whole.
FAM appreciates the transparency of JFA on the discussion of the direction and challenges in developing football in the country.
The bilateral meeting was downright and transparent with both countries discussing current challenges, strengths and weaknesses and ideas that can serve as a guide to the development of football at the local stage.
In addition to the FAM exco members, the delegation also includes the Director General of the National Sports Council, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail and Ahmad Redzuan Shafi, Special Officer to the Minister of Youth and Sports.
For openers, JFA presented on the topic of women's football development and its challenges in spite of Japan success of lifting the champion’s trophy in the 2011 FIFA Women's World Cup, as well as youth development, coaches’ education and grassroots development and preparation methods in terms of external factors for the men's senior squad ahead of the 2018 FIFA World Cup.
The FAM delegation was also told that grassroots development in Japan does not have an age limit to ensure that every group and members of the community are given the opportunity to enjoy football in a variety of ways such as children's soccer festivals and walking football.
As of March 2019, JFA informed the FAM delegation that Japan has 889,959 players, 27,918 teams, 81,883 coaches and 274,544 referees. Japan's population is 127 million.
The FAM delegation was also taken to the JFA football museum which showcases the history and achievements of Japanese football.









Tiada ulasan:
Catat Ulasan