Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 15 Ogos 2019

Editorial SB: Tiada Relevan Untuk Teruskan Kempen #SaveLTK

Nota editor: Selamat datang ke artikel editorial Semuanya BOLA yang dimana kami akan menetapkan pendirian Sidang Editorial SB mengenai isu semasa bola sepak tempatan.
Artikel ini akan disiarkan secara mingguan setiap Isnin jam 8 malam bermula minggu hadapan.



Di Malaysia sekarang, isu yang mendapat perhatian nasional secara umum adalah perihal tulisan khat yang hendak diperkenalkan di semua sekolah oleh pihak kerajaan.
Ia menghasilkan pelbagai reaksi bercampur, ada yang bersetuju dan ada yang menentang.
Dalam masa yang sama, isu tanda pagar #SaveLTK menjadi perdebatan antara kita semua dalam perihal sukan.
Ada yang mahukan beliau disambung khidmatnya, tidak kurang juga yang mahukan beliau disingkirkan.
Kegagalan skuad Lim Teong Kim untuk ke Piala Dunia B-17 di Peru pada tahun lalu menjadi titik tolak kepada desakan yang mahu bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu disingkirkan.

Foto: Goal
Namun begitu, kini terdapat kelompok yang mahukan Teong Kim dikekalkan di NFDP dengan menggunakan tanda pagar tersebut di media sosial.
Kempen ini dianggap sebagai tidak relevan kerana hasil kerja yang kita lihat bukan hasil beliau sahaja.
Ia juga adalah hasil kerja yang yang dilakukan oleh para jurulatih dan staf yang berusaha menyumbang tenaga untuk projek ini.
Pertikaian juga berlaku apabila gaji Teong Kim yang cukup besar sebanyak RM 175 ribu sebulan dan tidak perlu membayar cukai didedahkan kepada umum.
Hal ini menjadikan lebih dari 15% bajet tahunan NFDP dihabiskan untuk menggaji seorang individu sahaja.
Adalah lebih baik jika NFDP mengurangkan nilai untuk gaji tersebut dan menghalakannya kepada perkara yang lebih memerlukan.
Sebagai contoh, laburkan wang dengan lebih banyak untuk memberi dana kepada akademi-akademi bola sepak di Malaysia untuk beroperasi dan terus melahirkan bakat berpotensi.
Tuntasnya, kempen ini merupakan sebuah tindakan yang tidak wajar lagi relevan dan harus dihentikan.
Walaupun apa yang dibawa oleh Teong Kim ke Malaysia adalah ilmu yang cukup berguna tetapi tiada seorang individu pun lebih besar daripada sesebuah organisasi.
Sudah menjadi kebiasaan dalam mana-mana pengurusan sekalipun, tiada semua perbincangan kontrak lanjutan itu, semua berakhir dengan kesepakatan.
Namun begitu, tiada alasan untuk tidak mengenang jasa ataupun tidak mengiktiraf apa yang telah Lim Teong Kim lakukan.
Selepas apa yang beliau lakukan selama ini, beliau berhak untuk diberikan layanan selamat tinggal sebaiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan