Bersempena Piala Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dengan kerjasama Gamesbond Global Sdn. Bhd. (Gamesbond) akan menganjurkan kejohanan E-Piala Malaysia 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang kepada e-sukan kerana sedar ia semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.
“E-sukan kini menjadi kegilaan remaja di Malaysia dan ia boleh diketengahkan sebagai aktiviti yang mampu menjamin masa depan golongan belia.
“Aktiviti itu kini bukan sekadar untuk mengisi masa lapang, malah boleh mendatangkan ganjaran lumayan menerusi pertandingan yang sering dianjurkan di luar negara.
“Saya percaya E-Piala Malaysia bakal menghangatkan lagi kejohanan tertua di Asia Tenggara, Piala Malaysia yang kini memasuki peringkat kumpulan.
"Kita juga merancang untuk menganjurkan pertandingan liga seiring dengan KUALA LUMPUR 14 Ogos - Berita baik buat peminat bola sepak dan sukan elektronik (e-sukan) tanah air.
Bersempena Piala Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysian (MFL) dengan kerjasama Gamesbond Global Sdn. Bhd. (Gamesbond) akan menganjurkan kejohanan E-Piala Malaysia 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang kepada e-sukan kerana sedar ia semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.
“E-sukan kini menjadi kegilaan remaja di Malaysia dan ia boleh diketengahkan sebagai aktiviti yang mampu menjamin masa depan golongan belia.
“Aktiviti itu kini bukan sekadar untuk mengisi masa lapang, malah boleh mendatangkan ganjaran lumayan menerusi pertandingan yang sering dianjurkan di luar negara.
“Saya percaya E-Piala Malaysia bakal menghangatkan lagi saingan kejohanan tertua di Asia Tenggara, Piala Malaysia yang memasuki peringkat kumpulan.
"Kita juga merancang untuk memperkenalkan liga seiring Liga Malaysia musim depan,” kata Kevin dalam satu kenyataan akhbar semalam.
Sementara itu, Pengarah Urusan Gamesbond Muhammad Fazli Razak berkata, mereka telah memilih beberapa pemain ranking terbaik tanah air yang dijangka membuat penampilan dalam E-Piala Malaysia.
“E-Piala Malaysia kali ini bakal menggunakan permainan video FIFA 20.
“Kita telah senarai pendek dan memilih pemain-pemain e-sukan berdasarkan ranking rasmi dan pencapaian antarabangsa yang terbaharu.
“Saya percaya kerjasama dengan MFL bukan sahaja membuka dimensi baharu buat sukan elektronik, malah turut membuktikan Malaysia memiliki ramai pemain berpotensi besar,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE