Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 12 Ogos 2019

Bekas jurulatih remaja PSG ganti Teong Kim?

SAAD Ichalelene disebut-sebut sebagai calon utama untuk menggantikan
SAAD Ichalelene disebut-sebut sebagai calon utama untuk menggantikan Lim Teong Kim sebagai Pengarah Teknikal AMD. Gambar Ihsan FAM
OSAKA, Jepun 12 Ogos – Bekas jurulatih remaja Paris Saint-Germain (PSG), Saad Ichalelene di­sebut-sebut sebagai calon Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang baharu bagi menggantikan Lim Teong Kim yang akan tamat kontrak pada 31 Oktober ini.
Tindakan Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) memuatnaik artikel khas pengalaman pengendali warga Perancis berketurunan Algeria itu dalam Facebook rasmi mereka semalam menguatkan lagi spekulasi tersebut.
Teka teki mengenai pengganti Teong Kim dijangka terjawab dalam masa terdekat apabila FAM mengadakan mesyuarat khas esok yang turut melibatkan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.
Saad yang ketika ini menggalas jawatan Pengarah Teknikal NFDP disifatkan sebagai watak penting yang menanam DNA permainan moden dalam kala­ngan pelatih.
Kehadiran warga Perancis itu memberi impak positif selepas berjaya membimbing skuad bawah 12 tahun (B-12) negara meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Remaja AFF B-13 di Hangzhou, China, minggu lalu.
Dia sebelum ini memegang jawatan Ketua Metodologi Kejurulatihan dan Peninjau Bakat NFDP pada 2016 sebelum dilantik sebagai pengarah teknikal awal tahun ini.
“Apabila Lim Teong Kim menjaga kelompok elit yang kecil di AMD pada 2016, Saad bekas jurulatih remaja PSG dibawa masuk bagi menerapkan kaedah kejurulatih dan corak permai­nan Perancis.
“Pendekatan itu telah dibawa ke semua peringkat Akademi Tunas (AT), Pusat Latihan Daerah (PLD) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN),” kata FAM dalam satu kenyataan semalam.
Keputusan untuk melantik Saad difahamkan sudah dipersetujui oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan akan mengumumkan tersebut dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan