Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 12 Ogos 2019

Aksi mencabar



BERDEPAN pemain dari liga utama Australia (A-League) bakal menjadi cabaran terbaru buat pasukan Bawah 18 Tahun (B-18) negara pada saingan Kejohanan AFF Bawah 18 Tahun yang sedang berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam.
Jurulatih B-18, Brad Maloney mengaku bahawa pertemuan menentang Australia petang ini jauh lebih mencabar apatah lagi skuad berkenaan adalah pilihan untuk menguasai Kumpulan B.
Maloney yang dilahirkan di Australia berkata, skuad Kanggaru itu bukan saja mempunyai pemain yang beraksi di A-League, malah ada yang bermain di England.
“Ia akan menjadi aksi yang sangat sukar buat kami namun pendekatan sama bakal digunakan seperti dua perlawanan sebelum ini,” katanya.
Australia yang dibimbing bekas pemain antarabangsa, Gary van Egmond, memiliki pemain dari tiga pasukan terbaik A-League iaitu Perth Glory, Sydney FC dan Melbourne Victory, manakala penjaga gol, Kai Calderbank pula beraksi bersama pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Burnley.
Ditanya mengenai aksi menentang Kemboja, Maloney mengaku anak buahnya memberikan persembahan terbaik untuk mencatat kemenangan kedua peringkat kumpulan.
“Mereka menunjukkan peningkatan dan ia bukan mudah (aksi menentang Kemboja). Apapun, secara keseluruhannya, saya berpuas hati,” katanya.
Kemenangan 3-0 ke atas Kemboja memperlihatkan skuad B-18 kini berada di tempat kedua di belakang Australia. Dua pasukan teratas Kumpulan A dan B akan menempah slot ke separuh akhir Kejohanan AFF B-18 dan tahun lalu Malaysia muncul juara selepas menumpaskan Myanmar 4-3 di Surabaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan