Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 28 Ogos 2019

Aksi Jordan jadi medan ukuran

Aksi persahabatan dengan Jordan Jumaat ini dilihat sebagai medan

Aksi persahabatan dengan Jordan Jumaat ini dilihat sebagai medan ujian terbaik skuad Harimau Malaya sebelum turun berdepan Indonesia pada 5 September depan.
AKSI pemanas badan menentang Jordan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jumaat ini bakal menjadi medan terbaik bagi mengukur persediaan skuad Harimau Malaya sebelum menghadapi Indonesia pada aksi pembukaan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 awal bulan hadapan.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi menjelaskan, perlawanan persahabatan itu juga menjadi platform yang sesuai untuk menguji mental pemain dan taktikal skuad negara sebelum berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September nanti.

“Kita tahu pasukan Jordan ini adalah sebuah pasukan yang baik, jadi kita mahu tengok sejauh mana mereka (pemain Harimau Malaya) mampu bersaing dengan Jordan. Saya ingat selepas aksi menentang Jordan, kita dapat menilai tahap (persediaan) pemain untuk menghadapi Indonesia,” katanya semalam.
Mohd. Yusoff yang merupakan pengurus skuad bola sepak kebangsaan turut menjelaskan, seandainya skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu mampu mencipta kemenangan ke atas Indonesia di tempat lawan, ia sudah pasti bakal menyuntik semangat mereka untuk memburu keputusan yang sama apabila berdepan dengan Thailand dan Vietnam selepas ini.
Kali terakhir Malaysia bertemu Indonesia ialah ketika tewas 0-3 pada aksi persahabatan di Stadium Manahan, Solo, Indonesia pada 2016.
Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan pemain Harimau Malaya supaya tidak memandang mudah kesemua lawan mereka dalam Kumpulan G termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang merupakan satu-satunya negara Asia Barat yang diundi bersama Malaysia.
Dalam pada itu, Mohd. Yusoff memaklumkan bahawa FAM telah mendapatkan kerjasama daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi menjamin keselamatan pemain dan pegawai skuad Harimau Malaya sepanjang berada di Jakarta nanti.
“Saya harap semua pemain negara menjaga tingkah laku masing-masing dan mengikut peraturan di Indonesia sepanjang berada di negara berkenaan,” ujarnya lagi.
Selepas aksi menentang Indonesia, Malaysia bakal melayan kunjungan UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September ini.
Jurulatih negara, Cheng Hoe telah menyenaraikan 27 pemain untuk menjalani latihan pusat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sejak Ahad lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan