Australia akan menjadi lawan skuad negara – Malaysia – dalam aksi final Piala AFF B-18.
Dalam aksi separuh akhir 1 melibatkan Malaysia dan Indonesia, skuad negara menang 4-3 (selepas masa tambahan).
Australia melangkah ke final Piala AFF U-18 2019, setelah menewaskan Myanmar dengan keputusan 2-1 pada separuh akhir 2, yang dilangsungkan di Go Dao Stadium, Ho Chi Minh City, Vietnam.
Myanmar ternyata lawan yang sukar untuk Australia. Mereka terlebih dahulu di hadapan menerusi La Min Htew pada minit ke-18. Australia tidak mampu membalas jaringan tersebut pada separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Australia memperbaiki rentak permainan. Dan mereka berjaya mencetak 2 gol.
Gol penyamaan Australia hadir pada minit ke-56 menerusi Lachlan Brook.
20 minit kemudian, giliran Kai Trewin menjaringkan gol kedua Australia, yang merupakan jaringan kemenangan yang membawa mereka ke final.
Australia akan berhadapan dengan Malaysia dalam aksi final. Pasukan yang pernah menewaskan mereka 3-0 di peringkat kumpulan.
Australia pastinya mahu membalas dendam ke atas skuad Malaysia yang dibimbing Brad Maloney.
Myanmar pula akan bertemu dengan Indonesia dalam perlawanan penentuan tempat ke-3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan