
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sebuah bola istimewa daripada Infantino di Istana Negara, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, di Istana Negara, hari ini.
Sebelum itu, Infantino turut bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya.
Pertemuan rasmi dengan Dr Mahathir itu adalah yang pertama antara Perdana Menteri negara ini dan Presiden FIFA sejak tahun 1960-an, apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj beberapa kali menerima kunjungan Stanley Rous.
Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataannya sebentar tadi berkata Infantino mengesahkan FIFA memperuntukkan sebanyak AS$2 juta (RM8 juta) untuk membantu badan induk berkenaan dalam pembinaan pusat latihan moden dan canggih di Putrajaya.

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap serta menerima jersi daripada Infantino di Istana Negara, hari ini. - Foto BERNAMA

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Infantino di Istana Negara, hari ini. - Foto BERNAMA
“FIFA sentiasa menyokong ahli gabungan yang menunjukkan komitmen membangunkan bola sepak di semua peringkat," katanya.
“FIFA berpendapat sokongan dan bantuan kerajaan amat penting. Justeru kami amat berbesar hati diberi peluang bertemu Tun Dr Mahathir dalam kunjungan hormat ini.
"Kami percaya kerajaan Malaysia boleh menyumbang kepada FAM menerusi kerjasama yang baik dari segi infrastruktur, kewangan dan penajaan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan