Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 3 April 2019

PREVIU: SHOPEE PIALA FA PUSINGAN KEDUA (FA2) - HARI RABU (3/4/2019).#ShopeePialaFA2019


PREVIU: SHOPEE PIALA FA PUSINGAN KEDUA (FA2) - HARI RABU (3/4/2019)

Hari kedua Pusingan Kedua (FA2) Shopee Piala FA akan berlangsung hari ini dengan sembilan perlawanan yang akan menentukan pasukan-pasukan yang akan layak ke pusingan seterusnya bersama Johor Darul Ta’zim, Felda United FC, UKM FC, Selangor, Terengganu FC dan Jerantut FA. 

Perlawanan tunggal petang ini, Batu Dua FC lwn PKNP FC akan berlangsung pada pukul 4:15 petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, dan akan menyaksikan kelibat pemain-pemain veteran Liga Malaysia seperti Zamir Selamat dan Abdul Manaf Mamat yang beraksi untuk pasukan M3, Batu Dua FC.

Pastinya PKNP FC memberikan tentangan hebat setelah membenam Kuala Lumpur 4-0 pada hari Sabtu lepas dalam saingan Liga Super.

Pasukan ketiga carta Liga M3 akan bertemu dengan pendahulu Liga Premier di Kota Bharu malam ini dengan perlawanan Kelantan United FC lwn Sabah.

Pasukan tuan rumah dibarisi Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi yang meledak hatrik ketika membelasah MPKJ FC 8-0 dalam pusingan pertama, manakala Sabah akan berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk kali kedua musim ini selepas seri 3-3 dengan Kelantan dalam saingan Liga Premier.

PIB FC akan ke Kuantan malam ini untuk bertemu juara bertahan Shopee Piala FA Pahang, yang kini menerajui carta Liga Super.

Pasukan Liga M4 ini pasti akan mendapat inspirasi daripada kelayakan Jerantut FA ke pusingan ketiga, namun pasukan Sang Gajah pasti akan memberi cabaran yang kuat.

Selain itu, Perak akan menerima kunjungan Negeri Sembilan, UiTM FC melawan PJ City FC dan Selangor United bertandang ke Alor Setar untuk bertemu Kedah.

Mampukah pasukan-pasukan Liga Premier memberi kejutan kepada pasukan-pasukan Liga Super ini?

Kempen pasukan-pasukan Liga M3 berterusan dengan perlawanan Kuala Lumpur (Liga Super) lwn Tun Razak FC di Cheras, manakala Penjara FC akan berkunjung ke Batu Kawan untuk melawan Pulau Pinang (Liga Premier).

Akhir sekali, perlawanan tunggal antara pasukan Liga Super akan menyaksikan kunjungan Melaka ke Shah Alam untuk menentang PKNS FC.

Dalam aksi LS2 Liga Super musim ini, sepakan penalty Safiq Rahim membantu Melaka meraih kemenangan di Stadium Shah Alam, dan sudah tentu kedua-dua pasukan akan memberi saingan yang sengit untuk layak ke pusingan seterusnya.

Senarai siaran langsung perlawanan Pusingan Kedua Shopee Piala FA 2019 adalah seperti berikut:
TV9 dan iflix – PKNS FC lwn Melaka
iflix – Perak lwn Negeri Sembilan
iflix – Kuala Lumpur lwn Tun Razak FC
mycujoo – UiTM FC lwn PJ City FC

Klik sini untuk jadual penuh pusingan kedua (FA2) Shopee Piala FA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan