PREVIU: LIGA PREMIER LP8
Pasukan pendahulu Liga Premier, Sabah dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) akan menyambung semula persaingan mereka hujung minggu ini dengan anak buah kendalian Jelius Ating berharap dapat menebus kekecewaan kekalahan mereka pada Pusingan Kedua Shopee Piala FA tempoh hari.
Sabah, yang tewas 1-0 kepada kelab Liga M3, Kelantan United FC pada Rabu lepas, akan bertemu dengan Selangor United, yang menduduki tempat ke-4, pada Sabtu ini.
Ketua jurulatih Sabah, Jelius berkata pasukannya perlu memberi respons positif selepas kalah dalam saingan Shopee Piala FA.
"Kami membazir banyak peluang keemasan menentang Kelantan United FC dan saya tidak mahu Sabah mengulangi perkara ini pada hari Sabtu.
"Tiada gunanya menguasai perlawanan kalau anda tidak dapat menjaringkan gol. Saya telah mengingatkan pasukan saya untuk memberikan komitmen dan dedikasi yang tinggi pada hari Sabtu kerana matlamat kami adalah untuk mengekalkan kedudukan kami di tangga teratas liga," kata Jelius.
Penyerang Selangor United, Abdul Hadi Yahaya telah menjaringkan dua gol dalam dua penampilan terakhir di Stadium MPS, manakala Luiz Junior telah meledak empat gol dalam tiga perlawanan terakhir beliau untuk Sabah.
Sementara itu, JDT II akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk melawan PDRM, yang masih belum mencapai kemenangan musim ini, pada petang ini. PDRM di bawah kendalian jurulatih baharu E. Elavarasan, hanya mengutip satu mata selepas enam perlawanan dengan hanya tiga jaringan gol. JDT II merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum kalah dalam saingan liga setakat ini.
Dalam perlawanan lain hujung minggu ini, Sarawak dan Kelantan akan beraksi di Kuching dengan kedua-dua pasukan mengintai kemenangan kedua musim ini manakala Pulau Pinang akan bertemu UKM FC di Batu Kawan dalam aksi antara pasukan di kedudukan ke-8 dan ke-7 dalam carta Liga Premier.
Perlawanan tunggal pada hari Ahad akan menyaksikan pertembungan antara UiTM FC dan Terengganu FC II.
Penjaring terbanyak Liga Premier setakat ini dengan 15 gol, pasukan tuan rumah berpeluang untuk naik ke puncak liga dengan tiga mata penuh di Stadium UiTM, Shah Alam jika keputusan lain memihak kepada mereka.
Perlawanan-perlawanan berikut akan disiarkan secara langsung di mycujoo:
Jumaat – PDRM lwn JDT II
Sabtu – Selangor United lwn Sabah
Ahad – UiTM FC lwn Terengganu FC II

Tiada ulasan:
Catat Ulasan