TIMBALAN Datuk Bandar Shah Alam, Rashidi Ruslan (tiga dari kanan) melancarkan Tabung Legenda Anuar Abu Bakar dalam satu majlis di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
SHAH ALAM 9 April - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan tabung bagi membantu membiayai kos rawatan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor, Anuar Abu Bakar yang sedang menghidap penyakit kanser hati tahap empat.
Anuar, 48, juga merupakan Ketua Jurulatih Akademi Soccerkids MBSA.
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, diharapkan dengan tabung tersebut dapat membantu serta meringankan beban keluarga Anuar dalam menampung kos rawatan.
“Anuar telah banyak membantu serta membawa pasukan Soccerkids MBSA memenangi pelbagai kejohanan.
“Anuar bukan sebarangan pemain dalam lipatan sejarah bola sepak negara kerana beliau merupakan seorang bekas penyerang kebangsaan dan pernah menyarung jersi Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.
Sumbangan untuk Tabung Legenda Abu Bakar boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 114348093007 atas nama Siti Mariam Sathawee. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan