Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 5 April 2019

Harimau Malaya jatuh tangga 168


PASUKAN Harimau Malaya masih jauh ketinggalan apabila kedudukan terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan skuad kebangsaan turun satu anak tangga ke kedudukan 168.
Ranking terkini yang dikeluarkan FIFA kelmarin juga menyaksikan Harimau Malaya berada di tahap berbeza berbanding Vietnam (98), Thailand (114), Filipina (124), Myanmar (140), Indonesia (159) dan Singapura (160).
Jelas faktor kemerosotan itu dipengaruhi kegagalan menyerlah pada Piala Airmarine baru-baru ini apabila kalah di tangan Singapura sebelum menundukkan Afghanistan untuk menduduki tangga ketiga.
Walaupun pelbagai program pembangunan dan perancangan yang dikendalikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memperbaiki kedudukan pasukan kebangsaan namun semuanya setakat ini dilihat serba tidak kena apabila tidak banyak membantu meningkatkan ranking Harimau Malaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan