Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 3 April 2019

FAM minta Bojan surat tunjuk sebab



KUALA LUMPUR 3 April - Gara-gara terlanjur kata, jurulatih skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara, Bojan Hodak yang bertindak mengkririk sistem pembangunan akar umbi bola sepak Malaysia yang disifatkan sebagai lemah, akhirnya membawa padah apabila dia diminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi surat tunjuk sebab di atas kritikan pedasnya itu.
Bojan bertindak demikian selepas skuad bimbingannya beraksi buruk dalam saingan peringkat kumpulan pada Kejohanan Piala Sanix di Jepun, bulan lalu. Ekoran insiden tersebut, FAM yang kecewa dengan tindakan terburu-buru Hodak, memberi tempoh sehingga Jumaat ini kepada jurulatih berkenaan untuk membalas surat tunjuk sebab kepada badan induk bola sepak negara itu.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, buat masa ini, FAM menganggap kes jurulatih Hodak sebagai satu isu dalaman kakitangan.
“Kami hanya meminta dia menjawab surat tunjuk sebab, dan ia tidak ada kena mengena dengan isu kontrak atau prestasi pasukan. Dia perlu menjawab kenapa atau bila komen-komen itu dibuat danselepas itu, ia akan dibincangkan secara dalaman.
“Selepas mendapat penjelasannya, kami akan membawa ke dalam satu mesyuarat dan keputusan (mengenai tindakan) akan diputuskan,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Taklimat Media Laporan Pertama Peta Hala Tuju F:30 di sini, hari ini.

STUART RAMALINGAM

STUART RAMALINGAM 


Ditanya kemungkinan Hodak akan digantung jawatan seperti mana yang pernah menimpa tiga bekas jurulatih skuad kebangsaan iaitu B. Sathianathan, Datuk K.Rajagobal dan Dollah Salleh, sebelum ini, setelah mereka mengkritik bola sepak negara, Stuart memberitahu, pihaknya perlu melihat terlebih dahulu bentuk penjelasan yang dibuat Hodak.
“Sebelum ini, saya masih belum bertugas di FAM ketika jurulatih-jurulatih itu dikenakan hukuman setelah melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.
“Buat masa sekarang, saya tidak boleh putuskan apa-apa keputusan terhadap Hodak. Tunggu surat tunjuk sebab daripadanya terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan,” jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan