Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 19 Mac 2019

Ultras Malaya boikot Piala Airmarine, tidak mahu Harimau Malaya dieksploitasi kapitalis

Ultras Malaya boikot Piala Airmarine, tidak mahu Harimau Malaya dieksploitasi kapitalis



Penyokong tegar skuad Harimau Malaya, Ultras Malaya menyatakan pendirian untuk memboikot kejohanan empat negara, Piala Airmarine 2019 seterusnya mengumumkan ‘Ekor’ tidak akan turun sama sekali ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20hb dan 23hb Mac akan datang.

Menurut ‘posting’ daripada laman sosial, UM’07, pihak Ultras Malaya melontarkan beberapa persoalan mengenai kejohanan yang disertai oleh Oman, Afghanistan, Singapura dan Malaysia ini. Antaranya kemunasabahan pihak penganjur meletakkan harga tiket sebanyak RM35, keperluan mengadakan kejohanan ini berbanding mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa seperti kebiasaan dan nilai tajaan yang yang tidak diumumkan oleh pihak penaja.
Piala Air Marine ini sebenarnya hanyalah satu perlawanan persahabatan kelas A yang akan memberikan mata FIFA sebagai aksi persahabatan.
“Persoalannya di sini mengapa dan apa rasionalnya pihak penganjur ProEvents mengenakan caj tiket(RM35) yang melebihi dari harga tiket perlawanan persahabatan yang biasa iaitu RM20?
“Sedangkan perlawanan Piala AFF pun RM30 untuk peringkat kumpulan, satu kejohanan peringkat rantau ASEAN yang juga memberikan kiraan mata yang sama dengan persahabatan kelas A.” soal mereka melalui laman Facebook UM’07.
Selain itu, Ultras Malaya tidak melihat sebarang keuntungan yang diperolehi bagi skuad kebangsaan dengan menyertai kejohanan ini. Mereka turut melontarkan persoalan, “Mengapa perlu diwujudkan kejohanan seperti ini sedangkan jelas tidak ada kelebihan pun kepada skuad kebangsaan, kiraan mata FIFA tetap sama iaitu mata untuk persahabatan. Jelas eksploitasi telah berlaku ke atas skuad Harimau Malaya.”
Tajaan yang tidak diumumkan oleh syarikat Airmarine Sdn. Bhd. turut mengundang curiga penyokong tegar yang dikenali dengan ‘Ekor Harimau Malaya’.
“Berapakah nilai tajaan dari Air Marine sehinggakan berbaloi untuk FAM selaku badan induk menyerahkan skuad Harimau Malaya untuk dieksploitasi? Pasti ada nilai tajaan, mengapa tidak diumumkan nilai tajaan? Ada pihak yang nak main belakang dengan wang tajaan?” soal mereka lagi.
Sehubungan itu, pihak Ultras Malaya memuktamadkan keputusan mereka untuk memboikot kejohanan Piala Airmarine dan mengumumkan ‘CURVA OFF’ di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bagaimanapun, mereka akan turun memberikan sokongan padu kepada skuad Datuk Ong Kim Swee, Malaysia B-23 yang akan menempuh kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam pada 22hb, 24hb dan 26hb Mac hadapan.
Foto Kredit: FAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan