Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 19 Mac 2019

'Tolonglah hadir ke Stadium Nasional'


PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menggesa penyokong negara tampil memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Harimau Malaya pada saingan Piala Airmarine bermula esok hingga Sabtu ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, FAM juga sentiasa membuka pintu perbincangan dengan kumpulan penyokong dan mengambil kira pandangan wakil semua pemegang taruh dalam menentukan dasar yang memberi kesan terus kepada mereka.
“Atas semangat ini, FAM tetap berharap supaya semua penyokong Harimau Malaya hadir memberikan sokongan kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok bagi menaikkan semangat pemain menentang musuh tradisi kita, Singapura.
“Sokongan anda diperlukan dalam membantu pemain menjiwai misi yang boleh mencerahkan harapan pasukan kebangsaan dalam misi kelayakan Piala Dunia-Piala Asia bermula pertengahan tahun ini.
“Kepada semua penyokong bola sepak yang tidak henti-henti menyokong Harimau Malaya, ucapan terima kasih kami hulurkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, FAM juga menafikan dakwaan kononnya pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya dijadikan alat mengaut keuntungan hingga harga tiket dinaikkan.
“Dalam dunia bola sepak moden, pasukan bola sepak kebangsaan adalah produk utama badan induk yang dipertanggungjawabkan mengurus tadbir bola sepak.
“Dari sudut pemasaran dan komersial, FAM perlu memaksimumkan nilai pasukan kebangsaan bagi menjana pendapatan dan mencari sumber kewangan untuk disalurkan semula dalam bentuk pembangunan pasukan kebangsaan pelbagai peringkat umur.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan